JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor sudah mengarahkan taska yang terlibat dalam kematian bayi lelaki berusia empat bulan di Saujana Putra, Selangor menghentikan operasinya.
Memetik laporan Berita Harian, tindakan itu diambil selepas menerima maklumat berkenaan insiden terbabit daripada pihak polis pada Ahad lalu.
Susulan itu, JKM hadir ke taska berkenaan pada Isnin dan mengarahkan taska menghentikan operasi bermula Selasa.
BACA LAGI: Polis siasat kematian bayi 4 bulan ketika dibawa ke klinik di Bandar Saujana Putra
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki tercengang motor kena curi depan mata lepas keluar kedai runcit di Kota Bharu
Sementara itu, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden tersebut.
Polis turut memaklumkan bahawa laporan yang dibuat oleh doktor yang merawat mangsa menyatakan bayi itu dalam keadaan pucat, kebiruan pada bibir serta kaki, tiada nadi, pernafasan serta gerakan anak mata.
Justeru, satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pekerja dan pengusaha taska berkenaan juga sudah diambil keterangan selain menjelaskan siasatan mendapati premis berkenaan dalam permohonan untuk mendapatkan lesen.
Terdahulu, ibu mangsa memuat naik luahannya yang kecewa dengan tindakan taska tersebut sehingga menjadi punca kematian anaknya.
Pihak taska turut didakwa melakukan pengabaian dengan meninggalkan mangsa terlalu lama di dalam bilik tanpa pengawasan petugas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram