KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengumumkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 akan diagihkan mulai 13 Januari nanti untuk murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 4.
Bantuan itu juga diagihkan buat pelajar sesi persekolahan 2024/2025 dalam kategori tersebut.
"Bantuan untuk murid Tahun 1 (dari sesi 2025/2026) dan pelajar Tingkatan 6 pada semester kedua akan disalurkan pada 16 Februari.
"Bagi pelajar baharu Tingkatan 6, pengagihan bantuan akan bermula pada 1 Julai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Ajal lepas solat Zuhur, pelajar tahfiz Sulawesi rentung sambil peluk al-Quran
BACA LAGI: Taska terkait kes kematian bayi 4 bulan di Saujana Putra tiada lesen, diarah tutup
KPM berkata, sebanyak RM791,250,000 diperuntukkan oleh kerajaan Madani untuk bayaran sekali sahaja sebanyak RM150 setiap pelajar.
Inisiatif yang memanfaatkan lebih 5.2 juta pelajar itu bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam pembelian peralatan sekolah untuk sesi persekolahan akan datang.
"Inisiatif itu juga diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 buat kali pertama pada 2025.
"Bantuan akan disalurkan sama ada melalui pemberian wang tunai kepada ibu bapa pelajar sekolah rendah dan menengah atau terus ke akaun bank pelajar atau ibu bapa mereka," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram