PENDUDUK digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita bersama bayi yang masih bertali pusat di tepi jalan Impian Lima, Taman Impian, Kulai, Johor pada pagi Selasa.
Memetik laporan Buletin TV3, mayat wanita dipercayai warga Indonesia dan bayi yang dipercayai baharu dilahirkan itu ditemui orang ramai yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8 pagi.
Ketua Polis Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, polis sedang menyiasat kes penemuan mayat berkenaan dan satu kenyataan media berkait kes itu akan dikeluarkan petang Selasa.
BACA LAGI: Wanita Indonesia ditemui mati dalam hotel bajet di Puchong, 2 lelaki warga asing ditahan
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia
Difahamkan, wanita dan anak itu ditemui terbaring atas rumput di tepi jalan berkenaan lalu membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
Pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian sebelum pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kedua-duanya sudah meninggal dunia.
Sepasukan anggota polis forensik kemudian turut tiba di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram