PEMBANGUNAN sebuah perkampungan di Kampung Baru Salak Selatan, Kuala Lumpur disifatkan terlalu perlahan oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.
Jelasnya, beberapa faktor paling ketara adalah isu kekurangan infrastruktur moden seperti jalan raya, lampu dan saliran yang kurang baik.
“Terdapat kepentingan sejarah di perkampungan Salak Selatan dan perlu ada perancangan yang rapi untuk memodenkannya,” katanya pada majlis pelancaran pintu gerbang baharu kampung tersebut baru-baru ini.
BACA LAGI: Jalan Cameron Highlands terjejas akibat tanah runtuh dibuka semula
BACA LAGI: Pengasas FashionValet disoal siasat SPRM masuk hari ke-6
Tambahnya, isu jalan raya dan tempat letak kereta masih menjadi penghalang kepada generasi muda untuk menaik taraf kediaman keluarga mereka di situ.
Fong Kui Lun ketika melancarkan pintu gerbang di Kampung Baru Salak Selatan baru-baru ini.
“Kampung Baru Salak Selatan adalah antara yang terbesar di Kuala Lumpur dan paling hampir dengan ibu negara.
"Ia didiami lebih 9,600 penduduk yang kebanyakannya adalah generasi ketiga," tambah Fong.
"Ia patut mendapat pendekatan yang lebih sistematik untuk perancangan dan pembangunan moden bagi memenuhi keperluan generasi akan datang," ujarnya.
Masyarakat di situ yang majoritinya berasal dari kumpulan etnik Hakka, mula menetap di kawasan berkenaan sejak zaman lombong bijih timah.
Pintu gerbang itu mempunyai ayat yang menyatakan rahmat dalam bahasa Cina dengan terjemahan Bahasa Malaysia tertera pada plak.
Tarian singa tradisional dan persembahan kompang menandakan pelancaran pintu gerbang tersebut yang siap dibina pada Oktober 2024 dengan kos RM200,000. — The Star/CY LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram