[VIDEO] Hafal sajak Usman Awang sejak darjah 2, anak dedah arwah Aziz Desa martabat bahasa Melayu bermula dari rumah


  • Hiburan
  • Isnin, 06 Jan 2025

Pempengaruh Zhiddin Aziz merakamkan penghargaan buat arwah bapanya, Allahyarham Abdul Aziz Desa sebagai individu terawal mendidiknya mendalami Bahasa Melayu.

"KEIKHLASAN saya dalam bidang bahasa kerana kecenderungan ayah saya".

Demikian pendedahan dibuat anak kepada personaliti popular, Allahyarham Abdul Aziz Desa iaitu Zhiddin Aziz terhadap bapanya yang dianggap sebagai individu bertanggungjawab mendidiknya mendalami Bahasa Melayu sejak kecil.

Memberikan penghargaan penuh buat arwah bapanya, minat dan kecenderungannya terhadap Bahasa Melayu dipupuk bermula dari rumah hasil didikan bapanya.

BACA LAGI: Gandingan 3 pelakon 'bidadari' cetus fenomena, ramai tak cukup puas tonton telefilem Dosa Tak Terampun

BACA LAGI: Lahad Datu 'takluk' Amerika, ungguli carta top 5 filem pilihan media antarabangsa

"Apabila bercakap tentang bahasa, kita bercakap tentang kehidupan, apabila saya bercakap tentang bahasa saya membayangkan bagaimana ibu dan ayah saya kalau bercakap, mereka memang mengamalkan penggunaan bahasa dari dalam rumah.

"Saya darjah dua dan tiga, bukan saja hafal tapi sudah melekatnya sajak 'Anak Jiran Tionghua' karya Allahyarham Usman Awang," katanya dalam satu sesi temubual di laman X.

Turut menyampaikan sajak dengan penuh bersemangat, rata-rata penonton tersentuh dan berasa hiba usai mendengar sajak disampaikan.

Terdahulu, Zhiddin Aziz meluahkan rasa kecewa berhubung trend lagu dimainkan di TikTok, yang menurutnya tidak lagi mengangkat karya berkualiti Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jelasnya di laman Instagram, kebanyakan lirik lagu ketika ini terlampau negatif dan sarat dengan mesej gejala sosial sehingga merosakkan penggunaan bahasa dalam kalangan generasi muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram