PASANGAN pengasas FashionValet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung memberikan keterangan pada Rabu.
Kenderaan membawa pasangan tersebut tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 2.50 petang.
Hari ini memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan selepas SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan.
BACA LAGI: Tiga ahli sindiket curi kereta bernilai RM4juta maut, berbalas tembakan dengan polis Pulau Pinang
BACA LAGI: Polis buru 2 suspek pecah tabung, curi duit madrasah di Ampang
Siasatan itu berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya sedang menyemak dan menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang itu.
SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 November lepas. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram