Jalan Cameron Highlands terjejas akibat tanah runtuh dibuka semula


  • Massa
  • Rabu, 13 Nov 2024

Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands telah dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui.

LALUAN di Kilometer (KM) 54, Jalan Besar Tanah Rata-Ringlet di Cameron Highlands, Pahang yang terjejas akibat tanah runtuh dan pokok tumbang pada pukul 4 petang tadi telah dibuka kepada semua jenis kenderaan dan selamat untuk dilalui.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.

"Kira-kira 4 petang tadi (Rabu), bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat satu kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di KM 54.

BACA LAGI: Istilah 'kurang ajar' kini diharamkan di Dewan Rakyat

BACA LAGI: Pengasas FashionValet disoal siasat SPRM masuk hari ke-6

"Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pasukan bomba Pahang. Laluan telah dibuka untuk semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi bilik gerakan Balai Polis Cameron highlands di talian 05-4915999. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polis, Cameron Highlands, Bomba, Tanah Runtuh,