Puspakom tiada mekanisme khusus, akui sukar kesan komponen sewa kenderaan berat


  • Primer
  • Ahad, 05 Jan 2025

Puspakom kini sedang berbincang dengan pihak kementerian berkaitan bagi menangani masalah tersebut. — Gambar hiasan/The Star

PENGGUNAAN alat ganti sewa khususnya bagi kenderaan berat mendapatkan kelulusan ketika pemeriksaan diakui sukar dikesan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Hal ini kerana, Puspakom tidak mempunyai mekanisme khusus bagi mengesan kenderaan yang cuba menipu pemeriksaan menerusi modus operandi tersebut.

Puspakom juga berkata, pihaknya tidak dapat mengesan komponen kenderaan yang disewa seperti tayar, brek, pad brek dan sebagainya kerana ia dilihat seperti normal.

BACA LAGI: Masih aktif, kartel didakwa sediakan khidmat sewa tayar lori sebelum pemeriksaan Puspakom, lepas 'check' kembali guna tayar asal sudah 'botak'

BACA LAGI: 'Karom bukan boleh pergi jauh, tak macam bola sepak', atlet cedera bersyukur dapat kerja MBPJ

3088667

Iklan perkhidmatan menyewa tayar bagi kenderaan berat yang tular di media sosial. — Gambar hiasan/Facebook

Susulan itu, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa termasuk kementerian berkaitan bagi membantu Puspakom menjalankan pemeriksaan dengan lebih jitu dan terperinci.

"Bagaimanapun, kami sedang berbincang dengan pengawal selia dan kementerian untuk memperbaiki proses kami.

"Langkah ini boleh membawa kepada pemeriksaan yang lebih tepat dan teliti. Ini akan melibatkan penggunaan teknologi.

"Contohnya, apabila kita mempersoal mengenai isu tayar, walaupun kami telah memeriksanya tetapi oleh kerana kerosakan itu berpunca dalam brek berkenaan (gandar), kami tidak mempunyai keupayaan untuk memeriksa bahagian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, tular iklan perniagaan yang menyediakan perkhidmatan sewaan tayar lori bagi mendapat kelulusan ketika pemeriksaan di Puspakom.

Perbuatan itu dikatakan berleluasa sehingga menjadi punca statistik kemalangan melibatkan kenderaan berat meningkat di Malaysia.

Ia turut dikaitkan dengan kemalangan tragis yang mengorbankan tujuh nyawa dan melibatkan sebuah bas persiaran di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh, Melaka pada 23 Disember lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram