Pernah diangkat hero TBG, anak jati Perak kini jadi jurulatih kelab pelapis bersama bekas rakan sepasukan


  • Podium
  • Sabtu, 04 Jan 2025

Nor Hakim (kanan) merupakan antara bintang yang membantu skuad TBG daripada tergelincir ke Liga Perdana.

KECEDERAAN serius sememangnya sesuatu yang dikhuatiri mana-mana pemain bola sepak kerana masalah sedemikian boleh menyebabkan karier seseorang terpadam sekiranya tidak diatasi di peringkat awal.

Situasi itu tidak terkecuali dalam landskap tempatan kerana beberapa 'ubi muda' yang memiliki potensi cerah pada satu ketika dahulu terpaksa menggantung but lebih awal.

Antara pemain berdepan masalah berkenaan ialah bekas bintang Perak, Nor Hakim Isa yang pernah menyelamatkan skuad The Bos Gaurus (TBG) daripada jatuh ke Liga Perdana.

BACA LAGI: Bergelut dalam Liga Super 7 tahun lalu, tapi Atok Weigang ada rahsia selamatkan skuad TBG

BACA LAGI: Jangan terburu-buru 'LTK out', Perak FC patut ambil iktibar sejarah 'atok Weigang'

452112189_122158896998098603_7551965494288311972_n

Nor Hakim (kanan) merupakan antara jurulatih dalam Akademi Bola Sepak Miker.

Hal itu dikongsikan penyokong kelab tebabit menerusi akaun Facebook Info Bolasepak Perak dengan menceritakan bagaimana pemain tersebut pernah membantu pasukan di negeri kelahirannya berkenaan.

"Pemain yang pernah diangkat mendiang (Karl-Heinz) Weigang sewaktu zaman hampir-hampir ke Liga Perdana dahulu. Dinaikkan pangkat dari Piala Presiden ke skuad utama. Kebolehan pemain tengah berkaki kiri itu memncuri tumpuan peminat Perak ketika itu.

"Bekas pemain Harimau Muda ini mencipta gandingan hebat bersama rakan-rakannya seperti Hafiz Ramdan dan Ridzuan Azly. Tetapi, masalah utama dihadapinya adalah kecederaan," tulisnya.

Berdasarkan rekod, Nor Hakim kekal bersama skuad TBG selama tiga musim bermula 2014 sebelum berkelana ke Melaka United, PKNP dan akhirnya beraksi buat Selangor pada 2019.

460061958_122167533044098603_8768997067181689003_n

Nurridzuan (kiri) merupakan seorang lagi bekas pemain Perak yang terlibat dalam Akademi Bola Sepak Miker.

Selepas itu, pemain berkenaan difahamkan tidak lagi beraksi buat mana-mana pasukan tempatan dengan kecederaan menyebabkan kariernya berakhir lebih awal meskipun mempunyai prospek cerah satu ketika dahulu.

Namun, masalah di atas padang itu tidak menghalang Nor Hakim daripada terus rapat dengan sukan yang amat dicintainya itu kerana ketika ini, dia bergelar jurulatih buat peringkat belia.

"Kini, pemain ini bersama seorang lagi bekas pemain, iaitu Nurrizuan Abu Hassan bersama-sama mengendali pasukan akar umbi Akademi Bola Sepak Miker. Jika ada sesiapa anak yang ingin mengasah bakat, bolehlah menyertai pasukan ini," tulisnya.

Berdasarkan laman Facebook kelab terbabit, terdapat lima jurulatih yang terlibat dalam akademi berkenaan dengan tiga daripada mereka memiliki lesen kejurulatihan bagi peringkat akar umbi.

Usaha berkenaan sememangnya wajar diangkat kerana pengalaman dicurahkan dapat menaikkan lagi bakat-bakat tempatan, terutamanya di Perak untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan pada tahun-tahun akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram