Polis temukan rim besi dipercayai milik lori punca nahas 7 kematian di Ayer Keroh


  • 112
  • Ahad, 05 Jan 2025

Kemalangan yang membabitkan lima kenderaan itu menyaksikan tujuh mangsa meninggal dunia.

POLIS menemukan rim tayar dipercayai berasal daripada tayar lori yang menyebabkan kemalangan di Kilometer (KM) 204 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara sekitar Ayer Keroh, Melaka pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan komponen tersebut dijumpai di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor pada Sabtu.

“Rim besi ini diserahkan subkontraktor Propel (Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad) kepada pihak polis. Satu laporan rampasan dibuat dan komponen ini akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

BACA LAGI: Tragedi nahas Ayer Keroh: 2 beradik yatim piatu menangis dapat tahu ibu bapa, adik terkorban

BACA LAGI: [VIDEO] Kru terselamat nahas Jeju Air bingung, langsung tak ingat pesawat terhempas

WhatsApp Image 2025-01-05 at 9.56.42 AM

Rakaman dashcam pengguna jalan raya memaparkan terdapat tayar tercabut di tengah jalan.

Berdasarkan pemeriksaan, rim hadapan sebuah treler mempunyai diamter sepanjang 22.5 inci (57.15 cm) dan sekiranya dipasang bersama tayar, beratnya mampu mencecah lebih 100 kilogram (kg).

Sebelum ini, pihak polis dilaporkan sedang berusaha mengesan tayar lori dipercayai mencetuskan kemalangan tragis tersebut.

Pada 23 Disember lalu, tujuh nyawa terkorban manakala 33 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang terlibat dalam kemalangan melibatkan dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila bas persiaran itu melanggar tayar lori yang tercabut dan berada di lorong tengah sehingga menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram