Mayat warga emas rungkai misteri kereta terkunci, enjin hidup di Kota Kinabalu


  • 112
  • Ahad, 05 Jan 2025

Mayat mangsa yang ditemui di dalam sebuah kereta berkunci di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad. — Bomba Lintas

SEORANG lelaki berusia 69 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang berkunci di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.

Mayat mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba selepas menerima maklumat daripada orang ramai apabila melihat kereta tersebut di Jalan Bukit Temasu, Taman Sinar, Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba Lintas, Agustavia Joe Guas berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 10.03 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan ke Mesir, tapi desak percepat proses balik Palestin punca insiden kecoh di WTKL

BACA LAGI: Nahas pesawat Azerbaijan: Putin mohon maaf, sistem pertahanan udara Rusia tindak balas serangan dron Ukraine

"Apabila kakitangan kami tiba, mereka terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu yang berkunci dan dalam keadaan enjinnya hidup," katanya.

Pegawai perubatan di lokasi kejadian kemudiannya mengesahkan kematian warga emas itu selepas pemeriksaan dilakukan.

Mayat mangsa juga diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram