SEBUAH kereta mewah terbakar selepas melanggar bateri yang berada atas jalan raya di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Isnin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang.
"Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes C200 dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 80 peratus.
“Kebakaran telah dapat dipadamkan, kerja-kerja overhaul selesai dan diserahkan kepada pihak penyiasat kebakaran untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA LAGI: Penjual apam balik di Taiping menyesal bakar motor tertunggak 20 bulan, dibenar ikat jamin RM4,000
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati kereta terbabit dipercayai melanggar bateri kenderaan yang berada di tengah-tengah jalan raya.
Beliau berkata, Jabatan Trafik sedang mengumpul maklumat dan akan mengemas kini sejurus siasatan selesai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram