SEORANG penumpang berkelakuan mencurigakan selepas pesawat Alaska Airlines yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember lalu.
Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, penumpang wanita tersebut dilihat keluar menggunakan laluan pintu kecemasan sebelum duduk di atas sayap pesawat terbabit.
Penumpang itu juga kelihatan seperti cemas dan meminta bantuan petugas untuk menurunkannya daripada pesawat.
BACA LAGI: Penjual apam balik di Taiping menyesal bakar motor tertunggak 20 bulan, dibenar ikat jamin RM4,000
Pengurus Perhubungan Media SEA, Perry Cooper susulan itu berkata, pihaknya bertindak membantu wanita tersebut turun menggunakan tangga yang disediakan di lokasi itu.
Tindakan wanita itu jelas membimbangkan kerana ketinggian hujung sayap pesawat Boeing 737-900 adalah kira-kira 12 kaki sekali gus boleh memberi risiko bahaya.
Pihak syarikat itu bagaimanapun berjaya menghantar penumpang terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Dalam kejadian sama, penerbangan Alaska Airlines 323 dari Miwaukee ke Seattle selamat mendarat di lapangan terbang itu tanpa sebarang masalah.
Tiada juga sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan pada waktu itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram