Usai ‘dimalukan’ 2 bintang England ibarat petanda Malaysia harus henti terlalu obseskan bintang warisan


  • Podium
  • Selasa, 31 Dis 2024

Hayden (kiri) dan Brownhill (kanan) menafikan mereka mempunyai darah Malaysia. — Agensi

NAMA Malaysia menjadi bahan tawa selepas terdapat khabar angin mengatakan dua pemain England, Isaac Hayden dan Josh Brownhill mempunyai pertalian darah dengan negara ini.

Tindakan mengejar dua pemain itu nyata memalukan negara hinggakan jiran tetangga dan seteru utama, Indonesia mengambil kesempatan mentertawakan pasukan kebangsaan dek kerana obsesi dengan pemain warisan.

Insiden yang memalukan ini sedikit sebanyak boleh menjadi pengajaran buat bola sepak Malaysia secara amnya untuk tidak terlalu ghairah mengejar bintang warisan atau naturalisasi.

BACA LAGI: Lepas Josh Brownhill, keluarga 'ubi muda' PSV pula kongsi tiada darah Malaysia

BACA LAGI: 'Saya bukan warganegara Malaysia', kapten Burnley nafi sertai Harimau Malaya

Biar orang yang tepat membuat kerja

Segala obsesi ini timbul selepas terdapat sebuah akaun di media sosial yang begitu berselera mengaitkan mana-mana pemain yang berpengkalan di Eropah terutamanya England dan Belanda mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

Nama Hayden dan Brownhill bukanlah yang pertama didakwa mempunyai darah Malaysia. Sebelum itu, pemain Fulham Emile Smith-Rowe turut dikaitkan dengan mempunyai darah Malaysia dengan susur galurnya berakar umbi dari Rembau, Negeri Sembilan.

460035308_914532397376786_7573225947155950616_n

Keluarga Iggy Houden menafikan pertalian darahnya dengan Malaysia. — Agensi

Penafian demi penafian dilakukan oleh Hayden dan Brownhill, malah seorang lagi pemain iaitu Iggy Houden yang dikaitkan turut menidakkan dakwaan dia mempunyai pertalian darah dengan Malaysia oleh keluarganya.

Selepas terlalu banyak penafian dilakukan. Ia membawa kepada kesimpulan yang biarlah orang yang tepat melalukan perkara ini. Biarlah mereka yang berada di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan tugas mencari pemain warisan ini.

Dengan dibantu oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pastinya usaha menjejak pemain warisan negara boleh dilakukan dengan lebih tepat, tanpa bergantung kepada akaun media sosial yang tidak pasti benarkah maklumatnya.

Jangan dilupa mereka di akar umbi

Obsesi kita dengan mencari pemain warisan dan naturalisasi seolah-olah membuatkan kita lupa terhadap usaha mereka di peringkat akar umbi dalam membentuk bakat tempatan.

Benar, pemain warisan dan naturalisasi adalah penyelesaian jangka pendek. Tetapi, untuk kecemerlangan berpanjangan, akar umbi adalah jawapannya.

Pembangunan akar umbi masih perlu dijaga malah ditingkatkan dari semua peringkat sehingga ke skuad bawah 23 tahun yang merupakan pintu terakhir sebelum ke pasukan senior. Proses tersebut akan memakan masa tetapi jika kita buat dengan betul, pasti hasil yang dituai akan lumayan.

376803304_1008301280243108_8335427844928671865_n

Malaysia belum terlalu kritikal dari segi bakat hingga terlalu obses dengan pemain warisan/naturalisasi. — FAM

Kita ada negara seperti Jepun yang sentiasa konsisten menghasilkan bakat yang berkelas dunia. Jika kita cuba mengikut jejak mereka dari segala aspek di setiap tahap, pastinya hasil akan berlaku walaupun bukan dalam masa yang singkat.

Negara kita sentiasa mempunyai bakat di setiap posisi yang dicungkil. Malah, masih ramai bakat-bakat berkualiti yang belum diterokai sepenuhnya oleh kelab-kelab tempatan di seluruh negara.

Oleh itu, negara kita belum lagi di tahap kritikal sehingga terpaksa bergantung harap kepada pemain warisan atau naturalisasi. Yang kritikal adalah obsesi kita dengan pemain bertaraf sedemikian hinggakan seperti tercandu dengannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram