
SAJIAN kopi sudah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian jutaan orang di seluruh dunia dengan penggunaan global mencapai 173.1 juta beg 60 kilogram pada tahun 2022/2023.
Oleh itu, mengubah citara rasa kebiasaan seorang pengemar kopi mungkin merupakan cabaran besar.
Pengasas bersama syarikat permulaan bioflavour yang mampan, Prefer bagaimanapun percaya produknya mampu bersedia menghadapi cabaran tersebut.
Kopi tanpa biji Prefer dihidangkan di beberapa kafe di sekitar Singapura.
Melalui penggunaan teknologi penapaian yang inovatif, Prefer sudah melancarkan kopi tanpa biji pertama di Singapura dengan menyediakan alternatif yang lebih mampan dan mampu milik yang diperbuat daripada sisa produk makanan seperti pulpa soya dan sisa bijirin barli.
Ditubuhkan pada 2022 oleh saintis makanan Tan Ding Jie dan bekas pakar neurosains Jake Berber, Prefer lahir dari keinginan bersama untuk mencipta penyelesaian makanan yang dapat menangani isu perubahan iklim dalam industri seperti kopi.
Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Prefer, Berber berkata, keputusan memilih kopi sebagai produk pertama Prefer adalah kerana permintaan kopi yang semakin meningkat dan terjejas akibat perubahan iklim.
“Harga kopi meningkat setiap tahun dan akan terus meningkat kerana tanah pertanian yang semakin berkurang untuk menanam kopi.
“Selain itu, pengeluaran kopi tradisional memerlukan banyak CO2.
"Jika kita mengambil kira semua langkah dari penanaman, pengeluaran sehingga logistik, ia memerlukan lebih banyak CO2 berbanding makanan lain seperti ayam, ikan dan daging,” tambahnya.
“Secara ringkasnya, misi kami adalah untuk menghilangkan keperluan pertanian untuk tanaman masalah dengan rasa yang mampan, boleh diakses, dan sedap,” kata Berber.
Jake Berber (kiri) dan (kanan) Tan Ding Jie, Pengasas bersama dalam perancangan memasarkan kopi tanpa biji Prefer Malaysia.
Matlamat Prefer adalah untuk memanjangkan jangka hayat kopi dengan produk tanpa biji mereka diharapkan menjadi generasi seterusnya dalam menghadapi pengurangan tanah pertanian dan kenaikan harga.
Selain daripada tidak menggunakan biji kopi, Prefer juga mengurangkan kos operasi dan pelepasan karbon dengan menggunakan sisa produk makanan dari perniagaan tempatan bukannya membeli bahan baru.
Ini termasuk roti sehari dari Gardenia, pulpa soya dan sisa bijirin barli dari kilang tempatan.
Bahan-bahan itu yang mengandungi molekul rasa yang serupa dengan kopi kemudiannya diperam, dipanggang, dan digiling dalam tempoh 48 jam.
Hasilnya adalah kopi tanpa kafein, tetapi Prefer juga menawarkan pilihan yang mengandungi kafein tambahan yang diperoleh daripada teh.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, Tan, berkongsi bahawa rasa produk itu mirip dengan kopi yang mempunyai keunikan rasa kacang dan coklat.
“Matlamat kami bukan untuk menghasilkan replika kopi yang sama seperti yang kita kenal kerana terdapat banyak variasi semulajadi.
"Kami mahu menawarkan pilihan yang berfungsi seperti kopi biasa dengan tambahan aspek kemampanan,” katanya.
Menurut Tan, mencipta rasa kopi daripada sisa produk makanan bukanlah cabaran yang mudah.
“Proses penyelidikan melibatkan penyaringan ratusan bahan mentah dan mikroba.
“Kami melalui sekurang-kurangnya seratus prototaip berbeza sebelum mencapai produk yang ada sekarang," jelasnya.
Kopi tanpa biji Prefer kini boleh didapati di beberapa kafe dan premis makanan di Singapura respon daripada pengguna dan perniagaan setakat kini adalah positif.
Rasa produk adalah setanding dengan jenis kopi dengan keunikan rasa kacang dan coklat.
“Dari pihak rakan kongsi perniagaan, mereka suka bagaimana serbuk kopi kami boleh disesuaikan dengan operasi biasa mereka kerana ia boleh diseduh menggunakan peralatan yang sama.
“Ia merupakan cadangan nilai yang baik kerana kami adalah pilihan yang lebih mampu milik dan mampan bagi mereka," jelasnya.
Baru-baru ini, diumumkan bahawa syarikat permulaan itu berjaya memperoleh dana syarikat permulaan berjumlah US$2 juta (RM9.47 juta) yang akan digunakan untuk memperkukuhkan kapasiti pengeluaran dan memperluaskan jangkauan ke seluruh Asia Tenggara.
Berber berkongsi bahawa rancangan mereka adalah untuk mengembangkan rangkaian produk yang menggunakan rasa tanaman masalah lain seperti vanila, koko, hazelnut dan sitrus.
Pengasas bersama juga sedang mempertimbangkan untuk membawa kopi tanpa biji Prefer ke Malaysia.
“Kami sedang berbincang dengan beberapa perniagaan dan mencari kerjasama dengan rangkaian kopi, hotel dan pengedar.
“Ia sangat sesuai dengan kami kerana Malaysia terletak berdekatan dan lebih penting lagi, kami dapati rasa kopi yang kami cipta sesuai dengan selera tempatan jadi kami sangat teruja untuk meneroka pasaran tersebut," kata Berber. — The Star/NICOLE CHEW
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram