SEORANG lelaki dipercayai warga asing bertindak luar kawalan apabila memanjat tingkap sebuah kediaman disyaki cuba mencuri pakaian dalam wanita pada Jumaat malam.
Perbuatannya yang disedari ramai, kemudiannya bertukar kecoh apabila individu berkenaan cuba diusir selepas dikerumuni penduduk di kawasan terbabit.
Tidak berbaju dan hanya berseluar pendek, lelaki tersebut dipercayai mabuk dan cuba meloloskan diri daripada orang ramai.
BACA LAGI: Kerja sambil membaca, penuntut UKM manfaat masa terluang cari ilmu di kedai buku terpakai
BACA LAGI: ‘Hamburg jadi Hamburger’, petugas DBP kongsi asam garam ajar bahasa Melayu pada warga asing
Meskipun beberapa kali dihalang oleh tuan rumah, lelaki berkenaan tetap berkeras untuk memecah masuk kediaman itu melalui tingkap.
Insiden itu dirakamkan salah seorang saksi kejadian dan meraih perkongsian ramai di laman Facebook.
Beberapa dakwaan warga maya mengatakan pelaku sedang mabuk dan berjaya ditangkap selepas daripada kejadian.
"Aksi yang hebat dari pendatang asing, luar biasa kan," kata Daud Hisham.
"Tengah mabuk ni, gaya macam orang sakit yang tak sedar apa dia buat, boleh panjat tinggi tu," ujar JasniUmar.
"Dah disodok dengan batang pun tak nak turun, lain macam perangai pendatang sekarang ni," tambah Gahazali.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini dengan lokasi sebenar kejadian juga tidak diketahui.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram