Kerja sambil membaca, penuntut UKM manfaat masa terluang cari ilmu di kedai buku terpakai


  • Massa
  • Isnin, 23 Dis 2024

Hazim (kiri) yang bekerja sambilan di sebuah kedai menjual buku terpakai di Kompleks Hentian Kajang, Selangor.

BERMULA sekadar secara suka-suka, seorang penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), HaziM Zainuddin, 24, tidak menyangka akan mempunyai minat mendalam dalam bidang sastera dan buku.

Sebagai mahasiswa yang sedang menuntut ilmu dalam jurusan Bahasa Arab, Hazim sebenarnya tertarik dengan dunia buku sejak dari usia muda.

Meskipun jurusan diambil tampak tidak berkaitan dengan minatnya, namun Hazim tetap beranggapan bahawa setiap buku yang dibaca mempunyai nilai tersendiri.

BACA LAGI: ‘Hamburg jadi Hamburger’, petugas DBP kongsi asam garam ajar bahasa Melayu pada warga asing

BACA LAGI: 'Sekurang-kurangnya kena ada bakat', pelajar perlu lepas 'audition' untuk belajar muzik di UiTM

6287267063017882069 (1)

Hazim (kiri) mendapat kepuasan dan kegembiraan apabila dapat meluangkan masa bekerja sambil membaca buku terpakai.

Baginya, buku terpakai dan ditulis oleh sasterawan terkenal mempunyai daya tarikan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Semakin hari semakin sebati dalam diri, Hazim kemudian mengambil keputusan untuk bekerja sambilan selama tiga bulan di sebuah kedai menjual buku terpakai di Kompleks Hentian Kajang, Selangor.

"Sebelum bekerja pun saya lebih banyak luangkan masa membeli buku-buku kebanyakannya berkaitan sastera.

"Antara karya yang saya suka adalah daripada tokoh penulis tanah air, Othman Puteh.

"Buku-buku yang diterbitkan oleh sasterawan ini memberi saya pandangan yang berbeza tentang kehidupan, apatah lagi dengan tema-tema yang berkaitan dengan masyarakat yang sering diabaikan," katanya kepada Majoriti.

6287267063017882071

Antara buku sastera sedang dibacanya yang menceritakan tentang falsafah kehidupan.

Hazim berkata, dia memilih genre buku bukan fiksyen kerana tertarik untuk menggali lebih banyak fakta daripada rekaan cerita.

Dia juga sedang berjinak-jinak mengenali buku dengan genre sejarah sains social.

"Disebabkan itu, bekerja di kedai buku terpakai ini beri saya peluang untuk terus menambah pengetahuan tentang buku-buku lama dan baharu.

"Ia sekaligus meningkatkan kualiti pemahaman saya terhadap nilai-nilai yang terkandung dalam setiap karya yang diterbitkan," katanya.

Hazim pada masa sama menjelaskan bahawa pernah mencuba untuk membaca buku yang ditulis dalam bahasa Arab.

6287267063017882083

Antara buku-buku terpakai yang dijual dengan harga murah bermula RM1.

Namun, ia tidak dapat memenuhi cita rasanya disebabkan kesukaran dalam memahami maksud yang mahu disampaikan.

"Saya pernah cuba baca novel bahasa Arab tetapi agak susah juga.

"Disebabkan ada perkataan yang berbeza jadi, saya terpaksa sentiasa rujuk kamus untuk faham jalan ceritanya," jelasnya.

Hazim bagaimanapun berkata, dunia buku bukan hanya memberi pengetahuan, tetapi juga membuka peluang baharu serta memberi perspektif yang lebih luas tentang kehidupan.

Seiring dengan perkembangan zaman, orang ramai disarankan agar menerapkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram