
KOPI tradisional sudah lama menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di Malaysia dikenali dengan rasa yang unik dan cara penyediaannya yang penuh nostalgia.
Dihidangkan dengan kepanasan yang memikat dan aroma yang menyegarkan, kopi tradisional bukan sahaja menjadi minuman kegemaran ramai malah menjadi hidangan pilihan ketika perbincangan santai, melepak, bergosip dan sebagainya.
Bermula sebelum Perang Dunia I, pada zaman ketika keselesaan hidup masih sangat sederhana dan 60 tahun sebelum adanya televisyen hitam-putih pertama tiba di negara ini, sebuah gambar kabur sudah pun digantung di pintu depan kedai masuk.
BACA LAGI: Usaha kreatif lelaki Terangganu guna tong drum elak katil bapa terlantar sakit dibawa arus banjir
Gambar fail bertarikh 11 Disember 1984 menunjukkan beberapa pelanggan di kedai Kek Seng.
Bertarikh pada 8 Ogos 1906, gambar usang yang dipamerkan di dinding kedai yang dikenali Kek Seng menjadi sebagai peringatan sejarah buat lamanya.
Hal itu demikian kerana ia menjadi salah satu kedai kopi tradisional tertua di negara Malaysia yang terus beroperasi meskipun tersembunyi di balik bangunan-bangunan pencakar langit di George Town dan bersaing perniagaan lain yang lebih glamor.
Kedai itu kini berusia 118 tahun masih mengekalkan tempat duduk dan meja makan gaya lama, dilengkapi jubin dan tingkapnya juga masih sama.
Satu-satunya kelengkapan moden di kedai kopi tradisional itu adalah peti beku, peti sejuk dan kerusi plastik.
“Mereka telah mengekalkan tempat itu seperti mana ia sewaktu ketika dahulu bertahun-tahun lamanya.
“Kedai kopi seperti ini penting dan ia simbolik kepada warisan kita", kata salah seorang pelanggan, JP Chew.
JP Chew, 68, yang baru-baru ini mengunjungi Kek Seng untuk makan tengah hari mengakui bahawa dia tidak pernah datang ke sini selama bertahun-tahun.
“Saya selalu singgah ke sini ketika bekerja di sekitar kawasan ini tetapi kemudian saya berhenti datang.
"Rasanya seronok bila dapat datang kembali dan terkejut kerana tiada apa yang berubah,” katanya.
Warga China, Liang Yili, 47, dan Wei Xiaojing, 40, menyedari sebuah poster lama di dinding memaparkan ais kacang khas Kek Seng dan aiskrim durian.
Kek Seng terkenal dengan ais kacangnya yang disajikan dengan satu sudu besar aiskrim durian.
“Sebagai pelancong, kami ingin merasai pengalaman asli dan mencuba makanan tempatan.
“Di sini, saya dapat merasai sesuatu hidangan tempatan yang kaya dengan sejarah," kata Liang, seorang guru.
Difahamkan Liang dan Wei sedang bercuti selama lima hari di Pulau Pinang.
“Saya dengar Pulau Pinang melalui sebuah siri Hong Kong yang dipanggil Outbound Love yang difilemkan di sini bertahun-tahun lalu,” tambahnya.
Pemilik generasi ketiga Kek Seng, Cheow Sow Lei berkata, dia ingin mengekalkan identiti kedai itu sebanyak mungkin.
“Kami mahu mengekalkan susun atur asal dan tempat duduk yang asal kerana itulah sebabnya kami tidak melakukan sebarang pengubahsuaian atau pembesaran,” katanya.
Namun, Sow Lei mengakui bahawa perniagaan telah merosot kira-kira 30 peratus tahun lalu disebabkan oleh pengurangan bilangan pelancong dan kemunculan lebih banyak restoran.
Apabila dia mengambil alih perniagaan itu pada tahun 1990-an, kedia itu dilihat semakin sibuk dengan pelanggan.
Sow Lei, 57, berkata, penghantaran dalam talian sangat membantu perniagaannya.
“Saya gembira kerana pekerja pejabat di sekitar sini masih menempah dari kedai ini.
“Kedai kami sering penuh terutamanya waktu makan tengah hari apabila terdapat cuti sekolah atau hujung minggu panjang," katanya.
Dia menambah bahawa terdapat lima gerai di kedai kopi itu yang menyajikan hidangan tempatan seperti laksa, nasi ayam, kuey teow th’ng, popiah dan char kuey teow. — The Star/N. TRISHA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram