SEORANG individu lelaki diburu polis susulan tindakannya yang didakwa sengaja merosakkan beberapa buah motosikal di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong, George Town, Pulau Pinang pada Khamis.
Kejadian itu dirakamkan seorang individu dan suspek dipercayai mabuk, menimbulkan kekecohan apabila menendang beberapa buah motosikal sebelum diserang orang awam menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan dia rebah.
BACA LAGI: [VIDEO] Kes pecah kereta, polis buru 3 suspek lari guna Wira di Kuala Langat
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner, Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan polis mendapati kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 6 petang dan pihaknya telah mengenal pasti individu yang terlibat.
Pengsan dihayun helmet ke kepala sebab buat hal lepas mabuk.....
**Anne..kalau kapla sudah isi...duduk rumah saja lain kali... jangan keluar pic.twitter.com/jz0XE9aYWl
— MYNEWSHUB (@mynewshub) November 23, 2024
"Dalam kejadian itu, dua buah motosikal dan satu topi keledar telah dirosakkan oleh lelaki berkenaan.
"Kita telah kenal pasti identiti suspek dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Sementara itu, Abdul Rozak berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan dan menyiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes terbabit sehingga boleh menjejaskan siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram