Gagal urus perniagaan, Amirul bangkit jadi pencipta kandungan sampaikan dakwah


  • Massa
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Muhamad Amirul sudah bekerja sebagai pencipta kandungan untuk media sosial Masjid Bandar Seri Putra hampir tujuh tahun.

LUMRAH kehidupan pasti ada pasang dan surutnya.

Begitu juga dengan kisah Muhamad Amirul Azizi Roslan, 28, yang bangkit selepas berada dalam fasa kejatuhan dalam hidupnya.

Amirul memulakan kerjaya sebagai pencipta kandungan di Masjid Bandar Seri Putera, Bangi, Selangor setelah tidak dapat lagi menguruskan perniagaannya pada 2023.

BACA LAGI: Stadium jadi titik mula, penyokong Selangor FC terap budaya bersihkan sampah setiap kali lepas game

BACA LAGI: Sampai marah bola tak masuk lubang, guru NASOM guna 'trick' pancing anak autistik main golf

6161082289661001767

Muhamad Amirul bangkit berhijrah demi mencari rezeki.

Dia yang pernah berniaga barang keperluan rumah beberapa tahun lalu berkata, kerjayanya di masjid kini memberi banyak manfaat bukan kepada dirinya sahaja malah kepada orang lain.

"Saya ambil peluang untuk bekerja di bawah majikan iaitu masjid tersebut untuk ubah hidup dan mencari pendapatan tetap lepas saya jatuh.

"Keuntungan berniaga setiap hari tak sama, dan disebabkan tak dapat tampung kos modal yang besar itu saya ambil keputusan begini.

"Ia satu keputusan yang sangat berbaloi jika nak dibandingkan ketika berniaga dahulu," katanya kepada Majoriti.

Amirul berkata, dia juga tidak teragak-agak untuk berpindah dari Semenyih, Selangor ke Bandar Seri Putra demi menyara kehidupan bersama keluarga.

Katanya, menghasilkan kandungan media sosial bagi pihak masjid adalah perkara positif serta cara dakwah yang lebih santai dan sampai kepada masyarakat.

6161082289661001768

Tangkap layar sebuah video dihasilkan Amirul yang tular baru-baru ini. — Masjid Bandar Seri Putra

Dia yang juga mula bekerja kembali sejak Januari lalu meluahkan rasa syukurnya terhadap rezeki itu di samping dapat menyumbang kembali kepada komuniti.

Tindakan membuat kandungan media sosial berkaitan agama mungkin dianggap sensitif bagi sesetengah pihak, tetapi tidak buat Amirul.

Bagi Amirul yang bukanlah seorang insan dengan latar belakang sebagai pelajar lepasan pengajian Islam, dia beranggapan bahawa dakwa boleh dilakukan dalam pelbagai cara selagi tidak melanggar hukum agama.

Jelasnya lagi, video-video yang dihasilkan setakat ini juga sangat diterima baik dan disokong masyarakat setempat.

"Alhamdulillah setakat ini tiada tanggapan atau persepsi buruk dilontarkan.

"Semuanya menyokong untuk teruskan mencipta kandungan dakwah di TikTok," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram