Makanan 'favourite' sejak kecil, letus inspirasi petani di Pontian hasilkan 200kg buah salak setahun


  • Bizz
  • Jumaat, 29 Nov 2024

Norman menunjukkan cara dia melakukan pendebungaan manual pada bunga pokok salak.

DENGAN hanya berbekalkan sebidang tanah seluas 0.4 hektar di kawasan Rimba Terjun, Pontian, Johor, Norman Ali berjaya mencipta nama sebagai satu-satunya pengeluar buah salak di daerah tersebut.

Norman, yang telah menanam buah salak (Salacca zalacca) selama 13 tahun, pada asalnya menanam 200 pokok getah pada 2010.

Bagaimanapun rasa cintanya terhadap buah salak mendorong lelaki berusia 54 tahun itu menambah tanaman lain di ladangnya.

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

BACA LAGI: Bermula dari aksesori rambut, Antah 'hantar' tekstil asli Sabah ke persada global

“Sejak kecil, saya suka makan buah salak, tetapi ia sukar didapati di sini. Buah ini berasal dari Indonesia dan kurang dikenali dalam kalangan penduduk tempatan,” katanya.

Pada 2011, Norman memulakan penanaman salak selepas mendapat inspirasi daripada beberapa biji buah salak yang diberikan oleh seorang rakan.

"Seorang rakan membawakan saya beberapa buah salak dan ketika itulah saya mendapat idea untuk menanam bijinya di tanah sendiri,” jelasnya.

Farmer Norman Ali inspecting salak trees that he planted at his home in Pontian, Johor. He able to produced about 200KG of salak fruits on a yearly basis. — THOMAS YONG/The Star

Norman memeriksa pokok-pokok salak yang ditanam berhampiran rumahnya di Pontian.

Bermula dengan hanya satu pokok, dia kini mempunyai lebih 1,000 pokok yang menghasilkan kira-kira 200 kilogram (kg) buah salak setahun.

Jelasnya, buah tersebut memerlukan pendebungaan manual, yang dilakukan setiap hari untuk memastikan pokok menghasilkan buah dalam tempoh empat bulan.

Norman menerima banyak tempahan dari seluruh Semenanjung Malaysia melalui media sosial dan menghantar buah tersebut melalui kurier.

Dia juga merancang untuk mempelbagaikan produknya antaranya dengan menghasilkan jus salak segar dan membuka kafe bertemakan buah salak.

“Buah salak mempunyai banyak manfaat kesihatan dan permintaannya kini semakin meningkat,” tambahnya. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram