APABILA Anne Antah mengasaskan Chanteek Borneo 13 tahun lalu, dia mempunyai visi yang berbeza.
Namun, seiring masa berlalu, dia mengambil pendekatan untuk just follow the flow.
Hanya bermula dengan jualan aksesori rambut yang diperbuat daripada fabrik sarung, kini ia telah berkembang menjadi jenama terkenal antarabangsa.
BACA LAGI: Lebih separuh sekolah usang di Sabah siap dipulihkan — Fadhlina
BACA LAGI: Farina sanggup tinggalkan kerjaya wartawan demi pendidikan anak Sabah
Pengunjung melihat dengan lebih dekat anak patung Humee Akee yang dipamerkan di Muzium Chanteek Borneo.
Didorong semangat yang mendalam untuk memperkenalkan warisan budaya Sabah, Antah kini lebih memberi tumpuan kepada reka bentuk dan penghasilan tekstil etnik asli yang menggabungkan tradisi dengan gaya hidup moden.
Sebagai pemilik tunggal Chanteek Borneo, beliau juga komited untuk memperkasakan usahawan fesyen tempatan dalam usaha mewujudkan identiti jenama unik mereka tersendiri.
“Menjelang 2030, misi kami adalah untuk setiap rakyat Sabah di seluruh dunia memiliki sekurang-kurangnya sehelai pakaian keluaran Chanteek Borneo,” kata Antah.
Perjalanannya bermula dengan idea mudah tetapi bermakna, iaitu untuk mencipta produk yang akan mempamerkan kekayaan warisan budaya Sabah.
Walaupun Antah pada awalnya menyedari bahawa impiannya mempunyai batasan tertentu, namun dia juga sedar terdapat banyak sumber dan idea yang boleh dikembangkan menjadi sesuatu yang bermakna.
Antah merupakan Sino-Kadazan yang berasal dari Kinarut, Papar.
Sino-Kadazan berusia 48 tahun dari Kinarut, Papar itu mengakui kerja awalnya lebih meliputi proses percubaan dan kesilapan.
Sebagai contoh, Muzium Chanteek Borneo, yang menempatkan lebih 300 anak patung Humee Akee pada asasnya adalah anak patung Barbie versi mereka sendiri, yang mengenakan pakaian tradisional.
Namun impian untuk menjadikannya sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong tidak berlaku seperti yang diharapkan.
"Saya fikir muzium itu akan popular dalam kalangan pelancong, tetapi tidak. Jelas sekali, persepsi sangat berbeza daripada permintaan pasaran,” katanya.
Blaus dengan motif tradisional Sabah oleh Chanteek Borneo.
Walaupun muzium tersebut tidak mencapai objektif seperti yang dirancang, Chanteek Borneo tetap tersenarai dalam Malaysia Book Of Records kerana mencipta muzium kostum asli kecil yang pertama, mempamerkan sekitar 300 pakaian tradisional berbeza dari Borneo Utara.
Hari ini, produk terlaris Chanteek Borneo termasuk fabric by the Yard dan sandai, selempang tradisional yang dipakai sebagai sebahagian daripada pakaian Kadazandusun.
Antah kini mengembangkan rekaannya secara global, dengan sambutan yang memberangsangkan dapat dilihat ketika beliau menyertai Pesta Borneo 2024 di Singapura.
Perayaan itu menyaksikan produk keluaran Chanteek Borneo, khususnya selendang sutera dengan 100 peratus sutera, meraih perhatian banyak pihak.
“Cetakan yang menyerlah ditambah motif unik pada fabrik kami mendapat sambutan hangat. Pengunjung menghargai reka bentuk berani dan berwarna-warni yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini," katanya.
Antah (kanan) ketika menerima kunjungan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew di reruainya pada Pesta Borneo 2024 yang diadakan di Singapura baru-baru ini.
Tidak hanya itu, kejayaan mereka di Singapura turut disokong oleh program Mama JaRum, inisiatif Chanteek Borneo yang melibatkan suri rumah tempatan dan perusahaan mikro dalam bidang perkhidmatan jahitan.
"Kami kini mempunyai 20 suri rumah di bawah Mama JaRum dan kami sedang berusaha untuk mengembangkan jumlah ini kepada 40 orang menjelang akhir tahun depan," jelasnya.
Memandang ke hadapan, Chanteek Borneo berhasrat untuk meneruskan trajektori menaiknya, dengan rancangan untuk mempamerkan motif budaya Sabah di Ekspo Dunia Osaka 2025.
Antah (tengah) memperkenalkan program Mama JaRum, satu inisiatif yang melibatkan suri rumah dan perusahaan mikro tempatan dalam perkhidmatan jahitan.
Jenama itu juga berusaha untuk meningkatkan penghargaan tempatan untuk reka bentuk etnik dengan memasukkannya ke dalam fesyen harian.
“Program perniagaan inklusif ini, disokong oleh SME Corp Malaysia, bukan sahaja memberikan pendapatan tetap kepada mereka yang terlibat tetapi juga memastikan warisan budaya Sabah terus hidup melalui tekstil kami.
“Kejayaan ini bergantung kepada sokongan masyarakat, dan kami berterima kasih atas galakan berterusan daripada kerajaan, sektor swasta dan pelanggan setia kami,” katanya. — The Star/SANDRA SOKIAL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram