Kertas terpakai dikitar semula jadi sejuta buku latihan buat keluarga berpendapatan rendah


  • Massa
  • Rabu, 27 Nov 2024

Helaian kertas terpakai (dipegang Wong Kah Woh) yang dijadikan sebagai buku latihan dan akan diedarkan untuk pelajar kurang berkemampuan. — PKB

SEBANYAK satu juta buku latihan yang diperbuat daripada kertas kitar semula akan disumbangkan kepada pelajar dalam keluarga berpendapatan rendah 2025 nanti.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat dilakukan oleh Perbadanan Kota Buku (PKB) adalah bertujuan menyediakan bantuan pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan di samping berusaha membina kesedaran alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan generasi muda.

Menerusi program itu, guru besar dan pengetua sekolah boleh memohon untuk mendapatkan 400 buah buku latihan untuk para pelajar mereka.

BACA LAGI: KPT tunggu laporan kematian pelajar UiTM didakwa kena dera, ditunggang seperti kuda ketika jalani latihan Palapes

BACA LAGI: Doktor antara 8 rakyat Malaysia saman kerajaan, WHO berhubung kesan vaksin Covid-19

5923653787413755635

Adibah (dua dari kiri, hadapan) dan Kah Woh (dua dari kiri, hadapan) bersama rakan kongsi pada majlis pelancaran program terbabit. — The Star

PKB juga pada masa sama menerima sumbangan sektor swasta untuk menghasilkan sebanyak 600,000 buku.

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Adibah Omar berkata, dana tersebut diperoleh daripada 19 rakan kongsi industri penerbitan dan percetakannya.

Adibah berkata, mereka yang ingin membuat permohonan buku latihan itu boleh menghubungi pihak PKB.

"Buku-buku itu boleh dihasilkan mengikut spesifikasi sekolah seperti logo yang dicetak pada kulit.

"Mengurangkan pergantungan kepada kertas yang diperbuat daripada pokok adalah sebahagian daripada usaha PKB dalam memenuhi rangka kerja ESG," jelasnya.

Jurucakap PKB itu turut berkata, sebuah sekolah mungkin menerima sehingga 400 buku dan pelajar yang layak boleh diberi 10 naskhah setiap satu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, buku itu akan diedarkan pada Februari 2025 ketika sesi persekolahan baharu bermula.

Beliau juga memuji inisiatif PKB dalam memberi kesedaran tentang penggunaan kitar semula dalam penghasilan bahan pendidikan dengan mengambil kira kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Beliau sekali gus menyeru lebih ramai rakan strategik untuk membantu memastikan program itu berjaya.

Ditubuhkan pada 11 Julai 2011, PKB juga merupakan anak syarikat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan mempromosikan industri buku negara.

Bagi mereka yang berminat untuk menderma untuk menyokong inisiatif itu boleh menghantar e-mel kepada [email protected]. — The Star/FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram