[VIDEO] Persoalan terjawab, apa alamat dalam surat beranak jika dilahirkan dalam kereta


  • Massa
  • Isnin, 25 Nov 2024

Situasi anak lahir di dalam kereta sememangnya tidak kerap didengari di media sosial.

SITUASI melahirkan anak di luar kawasan hospital bukanlah perkara baharu kerana melihat kepada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat kejadian yang mana detik itu berlaku di lokasi tidak disangka.

Antara yang kerap dikongsikan di media sosial adalah apabila bayi dilahirkan di dalam kereta dengan rata-rata daripada kejadian terbabit berlaku ketika dalam perjalanan ke hospital.

Meskipun hal itu bukanlah sesuatu yang kerap terjadi, ia masih kerap dikongsikan di alam maya, lebih-lebih lagi dalam golongan ibu yang semestinya tidak akan dapat melupakan momen indah berkenaan.

BACA LAGI: Kelahiran bayi berat kurang 2,500 gram di Malaysia semakin membimbangkan

BACA LAGI: Tulisan seakan-akan ayat al-Quran sedangkan bukan, ramai peniaga tak sedar berdosa guna wafaq sebagai pelaris

GdNajtEacAA8-cI

Alamat kelahiran bayi tersebut merupakan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan.

Namun, bermain di minda warganet mengenai alamat kelahiran bayi yang dilahirkan memandangkan lokasi tepat tidak boleh diputuskan kerana detik kelahiran berlaku di kawasan tidak dikenali.

Walaupun kenderaan itu kadang-kala diparkir, terdapat keadaan alamat tepat sukar dipastikan untuk disertakan pada sijil kelahiran yang akan dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara.

Tampil berkongsi akan perkara itu ialah pengguna TikTok, syahirahsidik yang menceritakan bagaimana dia pernah berdepan situasi tersebut ketika menerima cahaya mata.

Perkongsian itu disertakan berserta gambar sijil surat beranak memaparkan 'Dalam kereta di Tol Plaza Duta Link DUKE Segambut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur' dalam ruang 'Tempat Kelahiran'.

Hantaran terbabit menerima respons daripada orang ramai yang tertarik akan perkara berkenaan memandangkan secara kebiasaannya, alamat hospital mengisi ruangan terbabit.

Sebelum ini, terdapat juga pengguna media sosial berkongsi pengalaman sedemikian dengan situasi mencemaskan itu akan mencuit hati, lebih-lebih lagi selepas anak dilahirkan sudah membesar.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa bayi dilahirkan masih perlu dibawa ke hospital untuk proses dokumentasi selain memastikan mereka tidak mengalami sebarang isu kesihatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram