SEORANG individu lelaki berumur 22 tahun maut apabila keretanya merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki yang membawa petroleum di KM275.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Nilai, Negeri Sembilan pada awal pagi Selasa.
Ketua Polis Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa yang berumur 22 tahun memandu seorang diri dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden pukul 4.40 pagi.
"Menurut siasatan awal, lori tangki itu sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Seri Kembangan apabila kereta mangsa terlanggar merempuh belakang lori tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis giat buru 4 suspek samun bersenjata di premis beli hasil sawit di Bukit Selambau
Difahamkan lori tangki tersebut dalam perjalanan menuju ke Melaka sebelum pemandu kereta terbabit merempuh bahagian belakang lori.
"Pemandu kereta yang merupakan seorang penyelia tapak pembinaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Superintendan Abdul Malik bagaimanapun meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
Saksi boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Rosloiza Mohd Luydin di talian 010-455 4359 atau balai polis daerah di 06 790 4389.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram