SEORANG wanita maut apabila motosikal yang ditunggang suaminya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 14.2 Lebuhraya Iskandar Sultan (arah Iskandar Puteri), Johor, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahinder Singh berkata, nahas kira-kira pukul 10.30 malam itu menyebabkan lelaki berusia 33 tahun tersebut cedera parah di tangan kanan dan kepala serta sedang dirawat di zon merah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
"Sementara isteri mangsa, 29, mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA LAGI: Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta di P. Pinang tiada rasa bersalah, tak dibenar ikat jamin
Menurut Balveer Singh, kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan berbahaya
"Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaintan kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Zulhisyam Aziz di talian 019-7432966. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram