[VIDEO] Insiden motor langgar lori rosak di NKVE punca jalan sesak 4 jam


  • 112
  • Jumaat, 22 Nov 2024

Tangkap layar memaparkan seorang penunggang motosikal terperosok ke belakang lori dalam kemalangan di Lebuhraya NKVE.

KHAMIS lalu, satu insiden memilukan berlaku apabila seorang penunggang motosikal yang membawa tiga orang anaknya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang 2 (DUKE) menghala Plaza Tol Segambut, Kuala Lumpur.

Insiden itu menyaksikan tiga daripada mereka, termasuk bapa meninggal dunia sementara seorang lagi mengalami kecederaan parah dan sudah dibawa ke Hospital Selayang, Selangor bagi menerima rawatan.

Namun, berdasarkan kenyataan dikeluarkan, lori rosak itu sudah mengikuti prosedur ditetapkan apabila meletakkan lima biji kon untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Kononnya sebab baling batu, casual Selangor kena 'culik' ultras Perak di stesen minyak NKVE

BACA LAGI: Pemandu mabuk rempuh 6 penunggang motosikal berteduh di NKVE dibebas dengan jaminan polis

Tiga-beranak-maut-bayi-cedera-parah-selepas-motosikal-rempuh-lori-di-DUKE-2

Tiga beranak maut selepas kemalangan di DUKE pada Khamis.

Bagaimanapun, motosikal dinaiki keluarga itu difahamkan melanggar lori membawa produk makanan basah itu selepas memotong kenderaan lain sebelum mengelak belakang lori terbabit.

Kemalangan sedemikian sekali lagi berlaku pada Jumaat apabila sebuah motosikal melanggar lori yang diletakkan di bahu jalan dalam insiden terjadi di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Berdasarkan rakaman tular di media sosial, mangsa yang memakai topi keledar berwarna kuning dengan jasadnya tidak dialihkan pihak berkuasa yang berada di lokasi kejadian.

Klip itu turut memaparkan pengguna jalan raya lain merakam keadaan mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia melihat kepada keadaannya serius dan terperosok di belakang lori itu.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mengenai kes tersebut dengan keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan kemalangan terbabit menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga empat kilometer (km) selain mereka turut mengingatkan orang ramai agar merancang perjalanan.

"Awas! Kemalangan di NKVE KM 7.9 arah Utara dari Setia Alam ke Shah Alam. Lorong kiri ditutup. Trafik sesak 4km. Sila rancang perjalanan anda. Harap maklum," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram