Lebih 300 program berimpak tinggi perkasa keharmonian kaum, ini senarai pencapaian Kementerian Perpaduan Negara


  • Primer
  • Selasa, 26 Nov 2024

Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif KPN.

KEMENTERIAN Perpaduan Negara (KPN) melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang 2024 untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional menerusi Dasar Perpaduan Negara (DPN).

Dasar tersebut bertujuan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya dengan konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ sebagai teras utamanya.

DPN yang selaras dengan gagasan Malaysia MADANI menetapkan tiga objektif utama iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, membentuk identiti nasional serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

BACA LAGI: Ajar Rukun Negara seawal peringkat prasekolah, pupuk semangat perpaduan

BACA LAGI: KRT SS14 hayati semangat patriotik, kibar Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan Madani

GbxlGZiaMAEcfom

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah mencemar duli merasmikan Pameran Pesona Telepuk: Seni Perada Emas anjuran Jabatan Muzium Malaysia yang turut mendapat kerjasama Yayasan Hasanah.

Tiga teras utama yang menjadi tunjang kepada dasar itu adalah Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan matlamat yang terkandung dalam Malaysia MADANI.

KPN juga memberi fokus kepada lima pendekatan utama termasuk pemerkasaan jentera perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Mediator Komuniti serta Skim Rondaan Sukarela (SRS) selain Tabika Perpaduan.

Fokus lain turut meliputi penghayatan terhadap rukun negara, penyuburan minat terhadap warisan dan budaya negara, melahirkan pemimpin sukarelawan siswa dan meningkatkan keharmonian antara penganut agama.

download

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, fokus KPN adalah untuk mewujudkan platform dan tapak integrasi yang dapat meningkatkan interaksi sosial antara rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya iaitu dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif serta program.

Menurutnya, kementerian melalui kesemua agensi berjaya melaksanakan lebih 300 program berimpak tinggi berteraskan kluster Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti RAHMAH.

Berikut antara rangkuman pencapaian utama KPN bagi tahun 2024:

Komuniti RAHMAH

i) Pemerkasaan KRT Progresif

Memperkukuhkan agenda ekonomi dan kesejahteraan hidup komuniti melalui pelaksanaan aktiviti yang berteraskan ekonomi.

Dengan bantuan dalam bentuk kewangan, teknikal, peralatan, latihan dan bimbingan yang diberikan oleh kementerian serta pelbagai pihak lain, ia dapat membantu komuniti menjana dan meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti dan membantu mengurangkan kos sara hidup yang tinggi.

Sebanyak 152 KRT berjaya dijadikan sebagai model KRT Progresif.

ii) Skim Rondaan Sukarela

Kementerian menyediakan peruntukan khas kepada SRS dengan jumlah RM3,244,192 melalui pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan SRS berjumlah RM837,500 yang akan memberi manfaat kepada 119 buah KRT, pembekalan 69 buah kabin SRS baru (RM2,175,000), pembaikan kabin sedia ada di 18 kawasan SRS (RM231,692).

GZSwj9YaUAAfIKG

Ketua Setiausaha KPN, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad mengadakan Lawatan Kerja ke KRT Progresif di Seksyen 5 Bandar Rinching, Hulu Langat, Selangor.

iii) Mediator Komuniti

Seramai 571 orang Mediator Komuniti bertauliah yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat secara percuma berhubung pertikaian dan konflik di peringkat komuniti.

iv) Pusat Mediasi Komuniti

Kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mewujudkan Pusat Mediasi Komuniti (PMK) sebagai platform bukan perundangan (litigasi) untuk membantu komuniti dalam menyelesaikan pertikaian dan konflik berbangkit di peringkat akar umbi.

Bagi tahun 2024, JPNIN memperluaskan perkhidmatan mediasi melalui penubuhan pusat di negeri melibatkan Pusat Mediasi Komuniti KRT Pekan Pauh, Pusat Mediasi Komuniti WP Putrajaya, Pusat Mediasi Komuniti Daerah Alor Gajah dan Pusat Mediasi Negeri Sembilan.

v) Cilik Perpaduan

Bagi tahun ini, JPNIN memperoleh peruntukan sebanyak RM30,076,496 untuk memberi kemudahan kepada semua murid Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti Buku Aktiviti Murid Tabika Perpaduan, Starter Kit Tabika Perpaduan, Starter Kit Taska Perpaduan, Buku Log Harian Taska Perpaduan, Perlindungan Insurans Kemalangan Diri Berkelompok bagi Murid Tabika Perpaduan dan Kanak-Kanak Taska Perpaduan, Bantuan Makanan Tambahan (BMT) serta Geran Perkapita Murid Tabika Perpaduan bagi pengurusan dan pentadbiran di kelas Tabika Perpaduan.

Kementerian telah menyeragamkan penyediaan perkhidmatan Internet kepada 1,822 Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan di seluruh negara.

vi) Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Biasiswa diberikan kepada 29 pelajar bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti awam atau swasta merangkumi pelbagai bidang.

GcfAIIcaMAAVguZ

KPN mengadakan sambutan Hari Toleransi Sedunia sebagai usaha meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam.

2. Semarak Perpaduan

i) Sambutan Minggu Perpaduan

Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru disambut bertujuan memupuk perpaduan dan integrasi melalui pendekatan terpilih dan cekap sehingga ke peringkat akar umbi, dengan matlamat untuk mengukuhkan hubungan masyarakat dan memelihara perpaduan dalam ekosistem.

Turut diadakan Jelajah Kembara Perpaduan sempena sambutan Minggu Perpaduan di semua negeri yang lain.

ii) Liga Sukan Uniti

Karnival Liga Sukan Uniti peringkat Kebangsaan 2024 mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan hampir 23,000 peserta membabitkan 2,300 pasukan di seluruh negara.

Tiga sukan dipertandingkan dalam program anjuran KPN iaitu bola jaring, badminton dan futsal.

Penganjuran Liga Sukan Uniti menyemarakkan perpaduan kaum melalui aktiviti sukan.

Ga5HaMQacAAs6cF

Penganjuran Liga Sukan Uniti menyemarakkan perpaduan kaum melalui aktiviti sukan.

iii) Inisiatif Harmoni MADANI

Pada April 2024, KPN melancarkan Inisiatif Harmoni MADANI dengan mengetengahkan konsep asas integrasi nasional iaitu Faham, Hormat dan Terima.

Antara program yang diadakan adalah sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, Jejak HARMONI, Wacana dan Dialog Harmoni, Podcast Bicara HARMONI, Sambutan Hari Toleransi Sedunia dan Dokumentari HARMONI.

iv) Misi Sukarelawan Siswa

Misi di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) berteraskan kepada enam teras iaitu perpaduan dan pemerkasaan komuniti, penambahbaikan pendidikan dan pembangunan kapasiti, kesihatan dan kesejahteraan, transformasi digital, ketahanan terhadap impak perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar serta mobilisasi impak sosial.

Misi Sukarelawan Siswa yang telah dilaksanakan tahun ini meliputi beberapa negeri seperti Sabah, Sarawak, Kedah selain Vietnam.

v) Citra Nusa Muzium

Sebanyak 11 Program Citra Nusa@Muzium dianjurkan KPN menerusi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) bertujuan untuk penghayatan masyarakat kepada kepelbagaian warisan negara.

Ia meliputi program seperti Festival Hari Muzium Antarabangsa, Citra Nusa Melaka, Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi-Jing, Program Bermalam di Muzium dan sebagainya.

Gbrx_aObcAEdIb2

Sebanyak 11 siri Bicara Bahasa Kolokial telah dilaksanakan sejak tahun 2023 bagi mengangkat peranan bahasa sebagai ejen perpaduan.

vi) Pelawat ke Muzium

Statistik pelawat muzium-muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia dari 1 Januari 2024 sehingga 30 September 2024 adalah sebanyak 1,602,449.

vii) Karnival Baca Perdana

Program ini julung kali diadakan KPN menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di mana ia berlangsung selama sebulan sepanjang bulan Oktober 2024 bertemakan Perpaduan Melalui Pembacaan.

Sebanyak 11 siri Bicara Bahasa Kolokial telah dilaksanakan sejak tahun 2023 bagi mengangkat peranan bahasa sebagai ejen perpaduan.

vii) Program Galakan Membaca

Menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti.

Dalam tempoh Januari hingga September 2024, Program Galakan Membaca yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 2,022 dengan jumlah penyertaan sebanyak 18,204 penyertaan.

viii) Program Kembara Ilmu Ini Khazanah Kita

Program khusus untuk meningkatkan Iagi pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum tentang khazanah negara ini melalui kepelbagaian budaya di negeri Sabah yang unik dan mempunyai nilai estetika.

Pameran ini juga telah menerima penganugerahan Malaysian Book of Records (MBOR) dengan tajuk ‘First Digital Library Exhibition Aboard A Train’ sebagai program pameran digital pertama di dalam kereta api di Malaysia.

perpaduan

Program bersama Friends of Unity (FOU) yang dilaksanakan dalam menjayakan agenda perpaduan di peringkat komuniti, daerah dan negeri serta program-program utama kementerian.

ix) FoodUnites

Program berteraskan warisan tradisional makanan yang mampu mewujudkan tapak integrasi kaum serta mengangkat keunikan dan kepelbagaian makanan.

x) ‘Friends of Unity’ (FOU)

Program ini merupakan inisiatif KPN bagi mengukuhkan kolaborasi strategik bersama badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dalam menjayakan agenda perpaduan melalui pelaksanaan program-program perpaduan di peringkat komuniti, daerah dan negeri serta program-program utama kementerian.

Program bersama Friends of Unity (FOU) yang dilaksanakan dalam menjayakan agenda perpaduan di peringkat komuniti, daerah dan negeri serta program-program utama kementerian.

3) Semarak Kenegaraan

i) Penghayatan Rukun Negara

Dalam usaha meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia, kementerian melaksanakan pelbagai program seperti Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan, Lafaz Ikrar Rukun Negara di Parlimen Malaysia buat julung kalinya, Eksplorasi Rukun Negara, Pemberian Geran Aktiviti RM3,000 kepada 189 Sekretariat Rukun Negara, Pertandingan Mural Rukun Negara Peringkat Sekolah, Program Raja Kita Payung Kita, Program Jalinan Integrasi Mahasiswa, Ejen Perpaduan dan Kem Perpaduan Anak Malaysia.

ii) Bahasa Kolokial

Sebanyak 11 siri Bicara Bahasa Kolokial telah dilaksanakan sejak 2023 bagi mengangkat peranan bahasa sebagai ejen perpaduan.

Turut diadakan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti 2024 dengan matlamat mengumpulkan dan mendokumentasikan maklumat mengenai bahasa kolokial supaya ia kekal terpelihara dan boleh dirujuk oleh generasi akan datang.

GW6y8zxbQAAnWju

Karnival Perpaduan sempena bulan kemerdekaan menyemarakkan kesatupaduan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

iii) Negarawan Kita

Menerusi usaha mengenang jasa serta mendidik generasi muda berhubung jasa negarawan, kementerian telah mengadakan Program Mengenang Jasa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Jugah.

Karnival Perpaduan sempena bulan kemerdekaan menyemarakkan kesatupaduan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

iv) Semarak Muzium

Lebih 7 program semarak muzium telah diadakan yang berbentuk festival dalam usaha merapatkan muzium dan masyarakat awam.

Antaranya Semarak Muzium Automobil Nasional, Semarak Muzium Kota Kayang, Semarak Muzium Sungai Lembing dan sebagainya.

v) Persidangan Manuskrip Melayu

Tema 2024 ialah ‘Kitab Tib: 1001 Rahsia Ilmu Perubatan Tradisional’. Sebuah penerbitan iaitu e-Bibliografi Beranotasi Manuskrip Melayu Kitab Tib: Khazanah Kebitaraan Warisan Bangsa diterbitkan secara online sempena PAMM 2024 dalam bentuk flipbook dan memuatkan 112 deskripsi manuskrip Melayu kitab tib yang terdapat dalam koleksi PNM.

vi) Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional (KSPN)

Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 19 September 2024.

Tema Konvensyen adalah Menelusuri Sejarah: Membina Perpaduan Negara Bangsa. Antara hasil resolusi program ini adalah cadangan penubuhan Majlis Sejarawan Negara.

Melalui inisiatif-inisiatif tersebut, KPN berjaya melaksanakan lebih 300 program berimpak tinggi, menyokong perpaduan yang lebih kukuh dan memupuk keharmonian dalam masyarakat majmuk Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram