[VIDEO] Lari kena kejar polis, lapan termasuk 7 rakyat Indonesia maut nahas di Lebuhraya Pan Borneo


  • 112
  • Jumaat, 22 Nov 2024

Pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba Sarikei dengan kekuatan sembilan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.

LAPAN maut sementara dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan-Borneo Sarikei-Sibu pada Khamis.

Ketua Polis Sarikei, Aswandy Anis berkata, kemalangan kira-kira 2.50 petang itu berlaku ketika pemandu MPV jenis Perodua Alza lari daripada pemeriksaan sebuah kereta peronda polis.

Menurutnya, kenderaan tersebut yang dipandu warga tempatan dengan tujuh penumpang warga Indonesia telah memasuki laluan bertentangan bermula di lencongan Simpang Bulat.

BACA LAGI: Wanita hamil 8 bulan, anak hilang di Kuantan ditemukan di KLIA

BACA LAGI: [VIDEO] Dakwaan wanita sarat hamil hadir sambutan merdeka di Pahang tidak benar, suami lapor polis

“Apabila tiba di Jambatan Sungai Nyelong, Lebuhraya Pan Borneo, kenderaan yang dikejar peronda MPV itu bertembung dengan sebuah Hilux yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita.

“Akibat kemalangan ini, pihak Hospital Sarikei mengesahkan semua pemandu dan penumpang Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Hilux mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Aswandy berkata, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi pegawai penyiasat trafik Ahmad Mustaqim Idris menerusi talian 010-4427240 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sebaik menerima panggilan pada 3.40 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba Sarikei dengan kekuatan sembilan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.

“Dua mangsa menaiki pacuan empat roda dikeluarkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram