"MUMMY, saya sangat sakit!," Itulah kata-kata terakhir pemandu wanita yang keretanya dihempap kontena pada ibunya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Rabu.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh ibu mangsa, Lee Zi Rou iaitu Lim yang berkongsikan perbualan terakhir bersama anaknya sebelum menemui ajal.
Menurut Lim, walaupun berada dalam kesakitan, anak perempuannya itu mengumpul segala kekuatan menghubunginya.
“Dia menelefon pada pukul 9.24 pagi dan ketika itu saya takut nak jawab panggilan itu kerana rasa tak sedap hati," katanya pada Khamis.
Lim berkata, dia kemudian terus bertanya kepada Zi Rou mengenai keberadaannya namun pertanyaan tersebut sepi tanpa jawapan.
Susulan itu, dia segera memberitahu anak perempuannya yang lain untuk segera membawanya lalu di laluan yang biasa dilalui Zi Rou ke tempat kerja.
mesti driver lupa lock kontena pastu layan corner.
Yang tak bersalah jadi mangsa meninggal dunia baru umur 21 tahun. Patutnya kontena ni jatuh atas kereta menteri, baru semua ada akal. pic.twitter.com/VfUcSjAAJb
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 13, 2024
Malah, cubaannya menghubungi Zi Rou pada ketika itu juga gagal kerana tidak dijawab sehinggalah seorang lelaki akhirnya mengangkat telefon dan memberitahunya Zi Rou terbabit dalam kemalangan dan berkongsi lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, dia merayu-rayu memohon orang ramai membantu menyelamatkan anak perempuannya.
"Tetapi ia agak mustahil. Kontena itu terlalu berat.
"Anak saya menelefon pada pukul 9.24 pagi dan dia meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi.
"Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir Zi Rou," luahnya dengan nada sayu.
Susulan kemalangan maut itu, pemandu treler berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman terhadap lelaki tempatan berusia 51 tahun itu yang bermula Khamis sehingga Ahad, dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris sebelum ini berkata, pemandu itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu, yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen memandu antara 10 dan 20 tahun. — The Star/ARNOLD LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram