[VIDEO] Eropah di ambang perang, banyak negara mula kerah aset


  • Benua
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Eropah kini bersiap sedia menghadapi kemungkinan konflik selepas Ukraine melancarkan serangan pertama menggunakan peluru berpandu ATACMS.

NEGARA-NEGARA Eropah kini giat bersiap sedia menghadapi kemungkinan konflikyang semakin tegang selepas Ukraine melancarkan serangan pertama menggunakan peluru berpandu MGM-140 Army Tactical Missile System (ATACMS) yang diluluskan Amerika Syarikat ke wilayah Rusia.

Serangan itu mendorong Rusia melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu balistik jarak sederhana baharu yang menandakan peningkatan besar dalam keupayaan ketenteraan, sekali gus mengundang kebimbangan berlakunya penggunaan senjata yang lebih berbahaya.

Leftenan Kolonel Jörn Plischke dari Jerman memberi amaran mengenai kekuatan pengeluaran ketenteraan Rusia yang jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Eropah.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Yang mati itu anak saya', bapa meraung depan 3 remaja baling batu semasa betulkan ekzos motor di Nusa Tenggara

BACA LAGI: [VIDEO] Pemancing Vietnam maut terkena renjatan elektrik ketika lempar umpan

"Rusia mampu menghasilkan 25 kereta kebal sebulan manakala Jerman hanya tiga setahun," katanya.

Situasi itu berlaku ketika Presiden Rusia, Vladimir Putin memperluas doktrin nuklear Rusia sebagai tindak balas kepada serangan jarak jauh Ukraine menggunakan senjata Barat.

Negara-negara Nordik seperti Sweden, Finland dan Denmark dilaporkan sudah meningkatkan langkah pertahanan awam.

Selain itu, Sweden juga mengedarkan risalah kepada rakyatnya sebagai persediaan perang manakala Finland dan Denmark menasihati rakyat tentang bekalan penting menjelang peperangan.

Di Jerman, pelan rahsia Operation Plan Germany memberi tumpuan kepada perlindungan infrastruktur dan bersiap sedia untuk menerima ratusan ribu tentera North Atlantic Treaty Organization (NATO).

Bangunan pentadbiran di Arlington, The Pentagon mengesahkan peluru berpandu baharu Rusia itu berdasarkan reka bentuk RS-26 Rubezh yang boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis kepala peledak konvensional atau nuklear.

Putin menyatakan pelancaran itu sebagai tindak balas langsung kepada serangan jarak jauh Ukraine.

Datuk Bandar Hamburg, Peter Tschentscher mengakui peningkatan risiko serangan siber dan sabotaj terhadap infrastruktur penting.

Susulan itu, bandar berkenaan telah menambah lebih 40 jawatan baharu untuk pengurusan krisis.

Sementara itu, pegawai Sweden menggesa rakyat untuk bersedia secara mental bagi menghadapi peperangan.

Eropah kini giat mengadakan latihan ketenteraan termasuk latihan ‘Red Storm Alpha’ di Jerman yang memfokuskan perlindungan pelabuhan.

Namun, perbezaan besar dalam kemampuan pengeluaran ketenteraan antara Rusia dan Eropah menjadi kebimbangan utama.

Beberapa negara juga sedang mempertimbangkan undang-undang kecemasan yang membolehkan langkah seperti catuan makanan dan kerja wajib di sektor penting.

Ketegangan itu berlaku dalam konteks politik AS yang kompleks.

Keputusan Presiden Biden untuk membenarkan penggunaan ATACMS di Rusia mungkin menyukarkan usaha rundingan damai di masa hadapan.

Presiden yang dipilih, Donald Trump dan sekutunya mengkritik langkah itu dengan mendakwa ia boleh mencetuskan konflik global sebelum peluang damai tercapai.

Keadaan itu meletakkan pentadbiran AS yang akan datang dalam dilema iaitu jika mereka menarik balik kebenaran itu, mereka mungkin dikritik oleh golongan pro-Ukraine.

Sebaliknya, jika kebenaran itu dikekalkan, ia tidak boleh memberikan kelebihan dalam rundingan masa depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram