MiSHA-UTM terokai kerjasama dengan UBT Jeddah dalam bidang keselamatan dan kesihatan


  • Massa
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Para wakil dari MiSHA dan UTM di UBT Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini.

PERTUBUHAN badan bukan kerajaan (NGO), Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA) mengambil langkah bergabung dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Kedua-dua wakil Malaysia itu baru-baru ini mengadakan lawatan rasmi ke University of Business and Technology (UBT) di Jeddah, Arab Saudi bagi meneroka peluang-peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi teknikal dan vokasional, penyelidikan, dan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH).

Lawatan itu juga bertujuan mengukuh serta mempertingkat hubungan antara universiti dan industri di samping meneroka aspek teknikal demi mempertingkatkan amalan keselamatan di tempat kerja di kedua-dua negara.

BACA LAGI: Amorim terpaksa guna kata-kata Mourinho untuk hidupkan semula impian fans Man United

BACA LAGI: Bukit Aman guna dron pantau anggota polis lakukan kesalahan, termasuk main golf ketika bertugas

6199274882613756757

Lawatan wakil MiSHA dan UTM di UBT Jeddah baru-baru ini. — Facebook/MiSHA

Delegasi dari Malaysia seramai tujuh orang itu diketuai oleh Pengerusi MiSHA National Excellence Award on OSH Principle of Prevention (OSH PoP) 2024, Ts. Abd Mutalib Abd Gapar manakala delegasi dari UTM pula dipimpin oleh Noor Azam Samsudin, Ketua Unit Visa, UTM International.

Mereka disambut dengan penuh mesra oleh pihak pentadbiran UBT yang diketuai oleh Dr. Kholoud Bajunaied Pengarah Pusat Latihan UBT dan diiringi oleh Maha Basha, Timbalan Pengerusi Pusat Latihan UBT serta Profesor Madya Dr. Suzilawati Kamarudin.

Noor Azam menjelaskan bahawa kerjasama itu bukan hanya memberi peluang untuk berkongsi kepakaran dalam pengurusan keselamatan pekerjaan tetapi juga mengembangkan pendekatan inovatif dalam menyelesaikan masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang semakin kompleks.

Di dalam rangka lawatan itu juga, agenda pengurusan visa pelajar antarabangsa juga turut dibincangkan.

"Pihak UTM sentiasa komited untuk memudahcara pengurusan visa pelajar-pelajar PhD dari UBT supaya pengurusan visa pelajar ini berjalan dengan lancar.

"MiSHA iktiraf UBT Sebagai penghargaan terhadap usaha UBT dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan turut mengumumkan hasrat mereka untuk mencalonkan UBT bagi kategori.

"MiSHA Excellence Award on OSH Risk Management in University 2024," katanya.

Katanya, UBT adalah sebuah universiti yang menekankan aspek praktikal dan suasana sebenar di alam pekerjaan di samping ilmu terkini sentiasa diberi nilai tambah sesuai keperluan semasa dalam industri.

6199274882613756758

Lawatan yang memfokuskan aspek praktikal dan suasana sebenar di alam pekerjaan. — Facebook/MiSHA

Noor Azam UBT juga merupakan sebuat institusi pelajaran yang sangat menekankan tahap keselamatan pelajar dan kakitangan mereka.

"Oleh itu, kami ingin memberikan pengiktirafan kepada usaha mereka dengan mencalonkan mereka bagi anugerah ini, yang pastinya akan memberi inspirasi kepada institusi pendidikan lain di seluruh dunia.

"Selain itu, kerjasama ini juga akan melibatkan penyelidikan bersama dan program latihan dalam bidang keselamatan pekerjaan," jelasnya.

Wakil UTM itu menjelaskan bahawa UTM sangat teruja untuk meneroka peluang untuk memperkukuh pendidikan keselamatan kesihatan pekerjaan melalui kerjasama itu.

Katanya lagi, kerjasama itu membolehkan kami berkongsi kepakaran dan membangunkan penyelesaian yang lebih baik dalam mengurangkan risiko di tempat kerja.

"Kami berharap ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti serta sektor industri di Malaysia dan Arab Saudi.

"Kami yakin bahawa melalui kerjasama ini, kami dapat melahirkan profesional yang lebih berkemahiran tinggi dalam bidang keselamatan pekerjaan, serta meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan pekerja di peringkat global," jelasnya.

Antara rundingan potensi kerjasama UBT, UTM dan MiSha adalah MiSHA menyediakan perkhidmatan rundingan pakar untuk menilai risiko di tempat kerja, membangunkan strategi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), serta memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

6199274882613756756

Kerjasama organisasi tersebut untuk membina budaya yang selamat dan sihat dalam alam pekerjaan. — Facebook/MiSHA

Selain itu, MiSHA bekerjasama dengan organisasi untuk membina budaya keselamatan yang kukuh.

Ia termasuklah menjalankan penilaian budaya, menyediakan latihan kepimpinan, dan mempromosikan penglibatan pekerja dalam inisiatif keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

MiSHA juga menjalankan audit keselamatan yang menyeluruh, termasuk penilaian Chemical Hazard Risk Assessments (CHRA), Noise Risk Assessments (NRA) dan Ergonomic Risk Assessments (ERA) untuk mengenal pasti dan mengurangkan risiko di tempat kerja.

Bukan itu sahaja, MiSHA turut menawarkan kepakaran dalam menyiasat insiden di tempat kerja, menganalisis punca utama, serta mencadangkan tindakan pembetulan untuk mengelakkan insiden serupa daripada berulang.

MiSHA pada masa sama menetapkan standard pensijilan dan program pengiktirafan untuk organisasi dan individu yang cemerlang dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, sebagai satu cara untuk mempromosikan peningkatan berterusan dalam keselamatan industri.

Dalam pada itu MiSHA membantu industri dalam membangunkan dan melaksanakan pelan respons kecemasan yang berkesan, memastikan kesiapsiagaan untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram