Tak fikir syurga neraka, warga emas pendendam dicekup 12 jam lepas penemuan mayat tanpa pengenalan diri di Kg Balibata Sabah


  • 112
  • Jumaat, 22 Nov 2024

Polis forensik di lokasi seorang lelaki berusia 30-an ditetal hingga mati di Kampung Balibata, Beufort pada Khamis. — Polis

SEORANG warga emas berusia 70 tahun ditahan oleh polis selepas didakwa atas pertuduhan menetak seorang lelaki berusia 30-an hingga mati.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong Leong Meng berkata, suspek yang merupakan seorang warga asing itu ditahan di kawasan Kampung Balibata, Beufort kira-kira 12 jam selepas polis melancarkan operasi memburu suspek susulan penemuan mayat mangsa pada pagi Khamis.

Meng berkata, mangsa yang dipercayai seorang lelaki Filipina itu ditemui terbaring dalam keadaan terlentang dengan kesan luka di leher dan siku.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan berlumuran darah,” katanya pada Jumaat.

BACA LAGI: Pelatih UPNM pijak junior guna 'spike boot' hingga parah mengaku tak bersalah

BACA LAGI: Berhari-hari sembunyikan mayat, penganggur didakwa tumbuk muka makcik sampai maut di Ipoh

Tambahnya, mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, selepas penemuan mayat tersebut, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) daerah serta pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri telah melancarkan operasi untuk mencari suspek.

"Suspek akhirnya berjaya ditahan di sekitar Kampung Balibata pada pukul 2.30 petang hari yang sama," katanya.

Polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

“Motif kejadian dipercayai berkaitan dengan dendam, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” tambahnya. — The Star/MUGUNTAN VANAR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram