MPKL robohkan struktur haram atas tanah rizab di Bandar Saujana Putra


  • Massa
  • Sabtu, 16 Nov 2024

MPKL melakukan kerja perobohan struktur haram atas tanah rizab di BSP dekat Kuala Langat, Selangor, pada Selasa lalu.

MAJLIS Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melakukan kerja perobohan struktur haram atas tanah rizab di Bandar Saujana Putra (BSP) dekat Kuala Langat, Selangor.

MPKL menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa tandas dan kawasan menunggu yang dibina di atas tanah di luar Jalan SP6/3 telah dirobohkan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“MPKL mengeluarkan kompaun RM500 dan notis kepada pemilik untuk merobohkan struktur tersebut, namun diendahkan," katanya.

BACA LAGI: Lampu warna-warni flyover Bandar Saujana Putra undang risiko, elok tukar pencahayaan elak pengguna keliru — Pakar

BACA LAGI: [VIDEO] Empat parah, Bezza dipercayai dilanggar 4x4 sebelum rempuh tiang di HTA

Menurut kenyataan itu, struktur bangunan tersebut dibina pada 2022 dan pejabat cawangan MPKL di Saujana Putra telah mengeluarkan amaran pada tahun yang sama.

"Notis berikutnya telah dikeluarkan pada tahun ini untuk orang kena saman (OKS) memindahkan struktur tersebut dalam tempoh ditetapkan.

Apabila pemilik gagal mematuhi arahan, majlis melaksanakan tindakan perobohan pada Selasa lalu dengan kehadiran pegawai penguatkuasa dan anggota dari balai polis Bandar Saujana Putra.

"OKS gagal melaksanakan arahan notis tersebut dan satu operasi perobohan dibuat pada Selasa.

"Operasi perobohan ini mendapat arahan daripada Ketua Cawangan BSP, Kamazulsaliza Kamarulzaman dan diluluskan oleh MPKL.

"Struktur bangunan tersebut dirobohkan menggunakan jentera Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP) selain kawalan keselamatan oleh dua anggota polis Balai Polis BSP," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram