Wanita hamil 8 bulan, anak hilang di Kuantan ditemukan di KLIA


  • 112
  • Khamis, 14 Nov 2024

Nur Nadia dan anak ditemukan dalam keadaan selamat oleh anggota polis KLIA selepas dilaporkan hilang di Kuantan. — Gambar Facebook

SEORANG wanita sarat mengandung lapan bulan bersama anak lelaki yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Chendering dekat Kuantan, Pahang pada Rabu ditemukan selamat pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Nur Nadia Mohd Zakaria, 29, dan anaknya, 4, ditemukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2 petang tadi.

“Ibu dan anak ditemukan dalam keadaan selamat oleh anggota polis KLIA dan kini berada di Balai Polis KLIA,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3 pada Khamis.

BACA LAGI : [VIDEO] Titik buta dipercayai punca penunggang maut digilis treler di Lebuh Raya Pasir Gudang

BACA LAGI : [VIDEO] Pemandu Altis putih terlibat langgar lari sebelum rempuh 2 penunggang motor — Polis Kerian

Terdahulu, polis meminta kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan Nur Nadia bersama anak lelaki yang dilaporkan hilang.

Berdasarkan siasatan, ibu bersama anaknya keluar rumah menaiki kereta jenis Perodua Axia berwarna biru gelap dengan nombor pendaftaran CBW 1202.

Nur Nadia juga mempunyai sejarah anxiety dan sedang mengandung lapan bulan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram