Kontradiksi antara mimpi dan realiti, ilustrasi anak patung pengkarya dari Ipoh buat ramai jatuh cinta


  • Bizz
  • Jumaat, 22 Nov 2024

Penghasilan karya diketengahkan mengutamakan dua elemen iaitu keseimbangan dan komposisi.

HAMPIR semua siri lukisan dihasilkan pelukis muda ini memperlihatkan kehadiran anak gadis comel bersama patung beruang seperti dalam siri kartun yang digemari.

Menggunakan konsep lukisan surealisme, karya dihasilkan Danielle Lin Xuan-En, 23, menyajikan kontradiksi antara mimpi dan realiti dinyata ke atas kanvas menggunakan akrilik.

Landskap figuratif lukisan digambarkan bagaimanapun menyimpan pesanan tersendiri sejajar dengan tujuan asal pengkarya berasal dari Ipoh, Perak itu.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Snapinsta.app_448956943_1440178746691710_7838174487203199138_n_1080

Bagi Danielle, lukisan disampaikan simbolik kepada refleksi diri dan cabaran dalam kehidupan.

Memberikan tindak balas terhadap tenaga feminin abad ke-21, setiap lukisan dipersembahkan menceritakan tentang perkongsian pandangan terhadap kehidupan dan perhubungan.

“Pada pandangan pertama, ramai yang jatuh cinta dengan karya anak gadis kecil comel dalam lakaran dihasilkan oleh saya.

“Persepsi itu perlahan-lahan pudar dan ramai mula terganggu dengan elemen kontra diterapkan seperti gadis tanpa jantung, permainan rosak dan gadis terluka,” tuturnya.

Akuinya, kesan gangguan dialami penonton karya itu menjadi indikasi pesanan ingin disampaikan menerusi karya visual tercapai.

Kata anak seni itu, lukisan disampaikan simbolik kepada refleksi diri dan cabaran dalam kehidupan.

Untitled design (40)

Setiap lukisan dihasilkan memiliki sentimen psikologi yang berkait dengan kehidupan sekeliling.

“Saya lebih selesa menulis untuk luahan emosi. Lukisan dihasilkan simbolik ilustrasi berkisar tentang perhubungan.

“Antaranya adalah kisah tentang kasih sayang antara manusia, perjalanan mencari kesejahteraan diri dan cabaran dalam perhubungan.

“Setiap lukisan dihasilkan memiliki sentimen psikologi yang berkait dengan kehidupan sekeliling tetapi bukan tentang diri saya atau isu semasa,” ujarnya.

Danielle memberitahu, elemen itu bermula daripada pengamatan dirinya sebagai pengumpul patung beruang.

Hampir empat rak besar di dalam bilik dipenuhi dengan patung beruang pelbagai saiz dan kesemuanya menjadi kegemarannya.

Snapinsta.app_414212033_750780716557952_8816229734721995930_n_1080

Danielle menggunakan kesedihan terhadap kasih sayang tidak terbalas sebagai elemen dalam menghasilkan karya.

Patung beruang dimiliki itu juga menjadi peneman buat dirinya menghilangkan kebosanan dan dia kerap berinteraksi dengan koleksi patung beruang dimiliki.

Namun, apabila menginjak usia remaja, anak bongsu daripada dua beradik itu mula mempersoal pilihan dirinya yang menyayangi patung tidak bernyawa itu.

“Agak menyedihkan apabila kasih sayang diberikan tidak terbalas dan perasaan berharga itu diberikan kepada pihak yang salah.

“Jadi, kesedihan digunakan sebagai elemen dalam menghasilkan karya sehingga kini,” katanya yang mula meminati seni lukisan sejak di bangku persekolahan.

Selesa menggunakan akrilik dan kanvas berbanding instalasi yang menelan belanja tinggi, ujar yang menjalankan operasi di studio disewa di GMBB, Jalan Robertson, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pengunjung dapat melihat sendiri pesanan visual yang ingin disampaikan.

Snapinsta.app_432480494_701245412084290_4919304576003128919_n_1080 (1)

Danielle berkata, untuk menghasilkan satu karya lengkap, ia mengambil masa hampir dua minggu jika berkelapangan.

Sebagai seorang yang teliti dalam membuat keputusan, akuinya, penghasilan karya diketengahkan mengutamakan dua elemen iaitu keseimbangan dan komposisi.

Tegasnya, hasil lukisan baik harus memiliki keseimbangan untuk menimbulkan refleksi ingin disampaikan kepada umum.

“Secara peribadi, komposisi karya yang baik meliputi keseimbangan subjek dan juga gabungan warna bagus dapat menggambarkan tenaga ingin disampaikan.

“Jika karya ingin disampai memiliki elemen nakal, saya elak memilih warna kecoklatan kerana ia selalu dikaitkan dengan kedamaian fizikal,” ujar graduan Diploma Seni Halus Institut Seni Lukis Malaysia, Taman Melawati, Kuala Lumpur itu.

Pelukis muda itu bagaimanapun mengakui kebanyakan hasil karya diketengahkan adalah ilham spontan.

Katanya, untuk menghasilkan satu karya lengkap ia mengambil masa hampir dua minggu jika berkelapangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram