Muzium UK kembalikan artifak topi pelindung matahari buluh Kenyah-Badeng ke Sarawak


  • Massa
  • Selasa, 19 Nov 2024

Topi pelindung matahari yang menjadi bahan artifak sejarah kini dipulangkan semula ke Muzium Sarawak. — The Star

MUZIUM Pitt Rivers di Oxford, England, United Kingdom (UK) mengembalikan semula topi bersejarah suku kaum Kenyah-Badeng ke Sarawak.

Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) menyifatkan pengembalian artifak budaya itu adalah sebagai tindakan memulihara sejarah, maruah serta identiti kepada masyarakat Kenyah-Badeng.

Menurutnya, topi pelindung matahari diperbuat daripada buluh tersebut dihasilkan melalui proses yang rumit.

BACA LAGI: Kes kontena hempap kereta di P. Pinang belum reda, ada lagi insiden muatan berat jatuh di Putrajaya

BACA LAGI: [VIDEO] Diseret 20 meter, wanita sempat tolak anak sebelum maut digilis kereta api di Sabah

Screenshot (3853)

Topi buluh yang dihasilkan dengan pelbagai corak dan motif melambangkan identiti masyarakat asli Kenyah-Badeng.

Topi yang dihiasi dengan motif dan simbol mewakili bangsawan serta perlindungan itu juga diambil pada akhir abad ke-19 semasa ekspedisi punitif yang diketuai pemerintah British.

"Bagi orang Kenyah-Badeng, pengembalian topi ini adalah satu langkah ampuh ke arah menyambung semula warisan budaya mereka yang sudah lama terpisah daripada mereka," katanya.

Kementerian itu menambah bahawa pemulangan topi buluh tersebut juga menekankan perubahan paradigma dalam cara muzium mendekati artifak sejarah dan masyarakat asalnya.

Katanya, ia adalah penghantaran pulang kedua ke Sarawak.

Yang pertama adalah pemulangan serpihan tulang Niah ke Muzium Sarawak pada 6 Mac 2020.

"Penyerahan ini mengesahkan komitmen institusi seperti Muzium Pitt Rivers untuk menghormati masa lalu dan menerima masa depan yang inklusif dam berpusatkan komuniti," katanya.

Turut menyaksikan penyerahan itu ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting dan Pengarah Muzium Pitt Rivers, Profesor Dr Laura Van Broekhoven. — The Star/ANDY CHUA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram