Kes kontena hempap kereta di P. Pinang belum reda, ada lagi insiden muatan berat jatuh di Putrajaya


  • Tular
  • Selasa, 19 Nov 2024

Muatan berat yang dipercayai terjatuh dari sebuah lori kontena di Putrajaya baru-baru ini. — Twitter

RAKYAT Malaysia pada 13 November lalu digemparkan dengan kes kematian menyayat hati melibatkan seorang kerani wanita yang dihempap sebuah lori kontena di Pulau Pinang.

Dalam kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah treler dalam kemalangan enam kenderaan di Jalan Bukit Tengah, Pulau Pinang.

Mangsa yang maut memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sempat call ibu', wanita maut kena hempap kontena di Bukit Mertajam sempat buat panggilan terakhir ketika bertarung nyawa tersepit

BACA LAGI: [VIDEO] Diseret 20 meter, wanita sempat tolak anak sebelum maut digilis kereta api di Sabah

3017021

Zi Rou (gambar kecil) maut apabila kereta yang dipandunya dihempap kontena di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Pemandu lori kontena terbabit, Marhizan Johari, 51, kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana memandu secara cuai.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan sempat menunjukkan aksi bersahaja dengan membuat tanda aman atau 'peace' ketika diiring di mahkamah.

Namun, apa yang membangkitkan kemarahan orang ramai apabila kejadian sama dikatakan berlaku lagi di Putrajaya baru-baru ini.

Menerusi hantaran dikongsikan di Twitter @mutalibuthman pada Selasa, terdapat muatan berat yang bertaburan di tengah jalan dipercayai terjatuh dari sebuah lori di Plaza Tol Putrajaya menghala ke Cyberjaya, Selangor.

"13 November lalu, lori kontena buat hal, kontenanya jatuh hempap anak orang sampai mati.

"Pemandunya siap tunjuk 'peace' masa dibawa ke mahkamah. Ini ada pula muatan berat jatuh dari lori bedebah. Mujur tak ada kematian," tulisnya.

Insiden itu sekali gus membuatkan orang ramai berasa bimbang dan tidak selamat ketika di jalan raya.

"Aku dah tak boleh nak berprasangka baik atau husnuzon dah dengan pemandu lori. Majoriti semuanya mangkuk," komen @rzmnrm.

Rata-ratanya juga menggesa Kementerian Pengangkutan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu lori agar dapat menangani masalah tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram