PELANCARAN Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama negeri Selangor di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Selangor dijangka akan meningkatkan jumlah pelancong terutama dari kalangan peminat sukan lasak.
Dengan menawarkan pelbagai aktiviti seperti rock climbing, base jumping dan paintball di Geopark Gua Damai, Batu Caves tersebut dilihat berpotensi untuk menjadi daya tarikan utama.