Mahir menjahit, wanita KL sambung legasi keluarga hasilkan selimut, cadar guna teknik tampal cantum


  • Massa
  • Sabtu, 16 Nov 2024

Antara peralatan kelengkapan tidur yang dihasilkan daripada cantuman kain-kain kecil.

MENYAMBUNG tradisi atau legasi keluarga merupakan antara cara sering dilakukan sesetengah individu untuk menjaga dan melestarikan nilai-nilai atau adat yang diwariskan dari generasi ke generasi.

Tradisi keluarga dalam sesebuah masyarakat juga kebiasaannya dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti masakan, perayaan dan kraf tangan.

Sama seperti Yap Shuh Shun yang menjual selimut, bantal, cadar dan beg yang dihasilkan menerusi teknik tampal cantum.

BACA LAGI: Ramai berteka-teki, peniaga dedah ‘influencer’ minta bayaran lebih RM3,000 reviu nasi goreng tepi jalan

BACA LAGI: Peniaga KL kecam tindakan ambil alih bazar Ramadan, ragu pengurusan DBKL

WhatsApp Image 2024-11-13 at 23.12.51

Shuh Shun yang menjual hasil jahitannya sendiri di sekitar Kuala Lumpur.

Kata wanita berusia 32 tahun itu, idea untuk menjalankan perniagaan kecil tersebut bermula selepas seorang daripada ahli keluarganya meninggal dunia.

Shuh Shun berkata, dia sememangnya mempunyai kemahiran menjahit dan berniat mahu meneruskan legasi itu dalam keluarganya.

“Dalam masyarakat Cina, setiap rumah memang ada peralatan tidur yang dijahit sendiri seperti ini.

“Ia seolah-olah untuk mendapat berkat dan kesihatan apabila mengguna peralatan tidur sebegini,” katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, tampalan kain yang berbeza corak dan warna itu mempunyai maksud di sebaliknya.

WhatsApp Image 2024-11-13 at 23.14.36

Selain sarung bantal, selimut dan cadar, terdapat juga beg yang dihasilkan dengan teknik jahitan sama.

Mengambil kisah dari masyarakat di China, Shuh Shun berkata, mana-mana keluarga yang memakai selimut, cadar katil atau bantal dengan rekaan sedemikian dapat memanjangkan hayat hidup anak-anak kecil mereka.

“Ada satu kepercayaan di China bahawa anak-anak orang kaya tidak panjang umur.

“Jadi, mereka akan potong kain dan jahitkan jadi pakaian lalu berikan kepada orang yang susah supaya anak-anak mereka membesar dengan sihat,” kongsinya.

Shuh Shun bagaimanapun berkata, amalan menghasilkan kelengkapan tidur dengan cara itu semakin pudar walaupun dalam kalangan masyarakat di China.

WhatsApp Image 2024-11-13 at 23.18.11

Shuh Shun mengambil masa selama lapan jam untuk menghasilkan sehelai cadar atau selimut dalam masa sehari.

Justeru, wanita berasal dari Kuala Lumpur itu mengambil keputusan untuk meneruskan kepercayaan tersebut dengan menjual peralatan sudah siap dijahit termasuk set potongan kain.

Ia bertujuan memberi peluang kepada orang ramai terutama generasi muda di Malaysia untuk menghargai karya kraf tangan klasik itu.

“Bagi saya, ia sangat perlu diperluaskan lagi untuk orang-orang muda lebih kenal dengan kraf tangan ini.

“Dengan gabungan pelbagai jenis corak, ini dapat beri kegembiraan kepada yang menggunanya.” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram