[VIDEO] Empat parah, Bezza dipercayai dilanggar 4x4 sebelum rempuh tiang di HTA


  • Tular
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan kereta Bezza dan Ford yang terlibat dalam kemalangan di HTA, Kuala Lumpur pada Khamis.

SERAMAI empat mangsa dilaporkan cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di kawasan Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Jumaat, kemalangan dipercayai melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Bezza dan Ford Ranger.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan orang awam, berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan itu berhampiran lintasan pejalan kaki.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Malang tak berbau', lebih 3 kereta kena pecah di stesen LRT Awan Besar, suspek masih bebas

BACA LAGI: Lampu warna-warni flyover Bandar Saujana Putra undang risiko, elok tukar pencahayaan elak pengguna keliru — Pakar

Difahamkan, tiga mangsa yang menaiki Bezza dengan bonet belakangnya yang tercabut itu dilanggar terlebih dahulu oleh pemandu Ford sebelum merempuh tiang di lokasi kejadian.

Kesemua mangsa termasuk pemandu Ford tersebut dikatakan cedera parah dan dibawa ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Malah, menurut saksi yang bekerja di jabatan keselamatan HTA, pemandu lelaki kereta Ford dipercayai seorang pengamal media yang memandu secara laju sehingga melanggar belakang kenderaan Bezza.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kemalangan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram