SEHARI selepas seorang doktor di Hospital Kalaignar Centenary dekat Chennai, India ditikam sebanyak tujuh kali oleh anak bekas pesakitnya, ibu kepada suspek tampil membela anaknya.
Wanita tersebut, yang merupakan pesakit kanser mendakwa bahawa anaknya, Vignesh, menyerang doktor tersebut kerana dia tidak menerima rawatan perubatan sewajarnya.
Dia menuduh bahawa kecuaian doktor tersebut telah mencetuskan serangan itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Titik buta dipercayai punca penunggang maut digilis treler di Lebuh Raya Pasir Gudang
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita Peru histeria lihat rakan hilang nyawa dihempap mesin pemampat
A duty doctor Dr Balaji has been stabbed at Chennai's Govt Kalaignar Centenary Hospital.He is admitted in ICU..Police have arrested 2 persons including the main accused Vignesh. It is said that Vignesh was unhappy with the treatment given to his mother at the hospital. pic.twitter.com/CPJ22i9sll
— Yasir Mushtaq (@path2shah) November 13, 2024
Dr Balaji, yang mengalami kecederaan di leher, telinga, dahi, belakang dan perut dalam serangan tersebut, kini sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kejadian pada Rabu lalu mencetuskan kemarahan politik di negeri itu, dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin, mengarahkan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes itu.
Difahamkan, suspek menyerang Dr Balaji disebabkan rasa kecewa kerana menganggap doktor berkenaan tidak memberikan rawatan memadai untuk ibunya, yang pernah berada di bawah jagaan doktor tersebut.
"Dr Balaji langsung tidak memandang saya semasa konsultasi. Anak saya sangat menyayangi saya.
"Dia juga seorang pesakit jantung dan menghidap epilepsi. Dia bertindak demikikan kerana rasa saya tidak diberi rawatan yang betul," katanya,
Ibu Vignesh juga mendakwa dia telah diberi maklumat yang salah mengenai sakitnya sendiri.
Dakwanya, pihak hospital memaklumkan bahawa dia menghidap kanser tahap dua, sebaliknya wanita itu sebenarnya disahkan menghidap kanser tahap lima.
Masalah kewangan menyebabkan dia tidak dapat menjalani rawatan di Institut Kanser Adyar.
"Dr Balaji mengatakan bahawa saya tidak memerlukan sesi kemoterapi lain dan terus berlalu. Adakah saya musuhnya?" soalnya kecewa.
Pada Rabu lalu, sebuah video tular di media sosial menunjukkan Vignesh berjalan dengan tenang di dalam hospital selepas menyerang doktor berkenaan.
Rakaman itu juga menunjukkan dia secara diam-diam mengeluarkan pisau, membersihkan dan menyembunyikan alat tajam itu sebelum membuangnya.
Vignesh ditangkap dan kemudian ditahan reman selama 15 hari pada petang yang sama.
Selepas kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Thousand Lights yang juga seorang doktor, Dr Ezhilan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil persatuan doktor dan Ketua Menteri MK Stalin.
Mereka menekankan keperluan mendesak untuk melindungi para profesional kesihatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram