KEKECOHAN tercetus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila dua lelaki bertengkar dan bertumbuk di hadapan sebuah kaunter.
Kejadian tersebut turut dirakam individu lain yang berada di kawasan berkenaan sebelum dikongsikan di laman X (Twitter) pada Sabtu.
Berdasarkan rakaman berdurasi 31 saat itu, kelihatan seorang lelaki yang mengenakan baju kurta berwarna hijau menumbuk lelaki berpakain serba hitam hingga semua mata tertumpu ke arah mereka.
BACA LAGI: Empat suspek gagal pecah rumah di Kluang, lelaki maut cuba lolos diri dari polis
BACA LAGI: Mangsa rempuhan polis di Ipoh tunggang motor rakan — Saksi
Bende boleh gadoh buat apa setle pic.twitter.com/V2FgG5kIA9
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 16, 2024
Pertelingkahan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pihak berkuasa yang bertugas di lapangan terbang tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at berkata, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada kelewatan mendaftar masuk antara individu dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Terminal 1 KLIA, Ahad lalu.
Menurutnya, laporan berkaitan insiden berkenaan dibuat salah seorang individu terlibat.
"Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
"Susulan itu berlaku pergaduhan antara kedua-dua individu tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujar Azman, insiden itu mengakibatkan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
Jelasnya, siasatan berkaitan kejadian dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar serta palsu," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram