Puteri bongsu pewaris Naza Group lebar sayap dunia F&B dengan kafe berkonsep Eropah


  • Bizz
  • Jumaat, 15 Nov 2024

Kecenderungan usahawan wanita berusia 38 tahun ini lebih ke arah F&B. — Instagram/mydottys

PADA mata kasar ramai wanita mengimpikan kehidupan sempurna dimiliki puteri bongsu pewaris Naza Group, Nur Nadia Nasimuddin.

Namun, pada pandangan ibu kepada empat cahaya mata yang turut terkenal dengan perjalanan perniagaan makanan dan minuman (F&B), dirinya perlu membuktikan kemampuan menguasai bisnes dikendalikan, selain berdisiplin dalam rutin kehidupannya.

Akui pemilik cawangan jenama kafe Dotty’s Pastries & Coffee itu, mengusahakan perniagaan bukan sahaja memerlukan komitmen tinggi, malah perlu juga disusuli minat dan kreatif dalam mengetengahkan produk kepada pelanggan.

BACA LAGI: Bantu ibu berniaga sejak kecil, depresi dorong suri rumah kembangkan produk teknologi kanak-kanak

BACA LAGI: Bermula di Kerteh, jurutera kelahiran Batu Pahat kini jadi pelopor pendidikan robotik, pengekodan negara

Biarpun memiliki platform kukuh dalam perniagaan dan menduduki jawatan sebagai Lembaga Pengarah bagi sektor perusahaan Automobil dan Hartanah di bawah Naza Group, tetapi kecenderungan wanita berusia 38 tahun ini lebih ke arah F&B.

“Sejujurnya, saya memang suka makan sebab itu jiwa lebih dekat dengan bisnes makanan dan minuman.

“Lagipun saya ingin menyajikan kelainan menu buat pelanggan tempatan dengan cita rasa artisan termasuk menyediakan pengalaman menjamu selera di ruang yang selesa. Maka, lahirnya Dotty’s Pastries & Coffee.

“Kafe ala Eropah ini mengambil masa kira-kira setahun menjalani proses eksperimen dari segi konsep, menu dan pemilihan bahan pastri. Segala percaturan menjalani proses penilaian teliti sebelum dipersembahkan kepada pelanggan,” katanya.

Untitled design (4)

Bahan digunakan untuk menghasilkan pastri di Dotty’s Pastries & Coffee juga segar dan bebas bahan pengawet. — Instagram/mydottys

Tutur graduan Kolej David Games, London itu, Dotty’s merupakan jenama F&B pertama milik penuh Naza Group yang mencipta nama menerusi keunikan cronut (gabungan croissant dan donut) hasil gandingan ideanya.

”Tarikan utama menu Dotty’s antaranya twist adunan croissant dengan donut dan croissant bersama roti.

“Bahan digunakan juga segar dan bebas bahan pengawet membahayakan kesihatan,” cerita Nur Nadia.

Ingin melihat jenama Dotty’s Pastries & Coffee ke pasaran antarabangsa, usahawan yang juga graduan Universiti Nottingham, United Kingdom itu sedang merancang strategi mengembangkan perusahaan F&B dimiliki.

Ditanya pendapat mengenai konsep kafe ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, wanita yang mesra disapa Nadia itu melihat perkembangan tersebut sebagai satu persaingan sihat bagi membolehkan pengusaha F&B berfikir di luar kotak.

“Saban tahun, industri ini mendapat sambutan luar biasa terutamanya di ibu kota dan Lembah Klang," ujarnya.

Snapinsta.app_448152736_398580896470180_6618609275543114867_n_1080

Nur Nadia (dua dari kanan) ingin menyajikan kelainan menu buat pelanggan tempatan dengan cita rasa artisan. — Instagram/mastowerrunner

Konsep dekorasi ala Paris

Menggabungkan perkataan Inggeris, dotting bermaksud suka atau cinta dengan roti, maka terhasil rantaian kafe berkonsep Eropah, Dotty’s Pastries & Coffee ini.

Bercerita lanjut mengenai kafe yang dibangunkan sejak 2015 itu, Nur Nadia berkata, biarpun banyak kafe dibangunkan di sekitar Lembah Klang, namun Dotty's tampil berbeza dengan penekanan terhadap konsep dekorasi ala Paris.

Memilih Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur sebagai lokasi perniagaan, pelanggan pasti terpesona dek suasana klasik kafe itu, di samping merasai sendiri 'kemewahan' egg yolk cronut, resipi rahsia gabungan croissant dengan donut yang memukau selera.

Dotty's has become incredibly popular off the back of its salted egg yolk pastries. Clockwise from bottom left: salted egg yolk eclair, salted egg yolk doughnut, salted egg yolk cronut. - ART CHEN/The Star

Egg yolk cronut, resipi rahsia gabungan croissant dengan donut yang memukau selera di Dotty's Pastries & Coffee.

"Dotty's Pastries & Coffee turut menampilkan sajian unik gabungan croissant dan roti ala roti canai, signatur croti bersama sambal sardin dan salted egg cronut serta cronut munchkin yang patut anda cuba.

"Selain itu, anda boleh juga rasa kelainan menu spageti masak lemak cili api, burger keju dan lamb shank yang cukup luar biasa.

"Bermula sarapan pagi, aneka sup dan salad, burger serta hidangan utama dan pemanis mulut, Dotty's Pastries & Coffee turut menawarkan menu khusus untuk kanak-kanak," kongsinya lagi.

Nadia (right) and Diana Tan Sri Nasimuddin at their booth during the Women's Fiesta at The Starling shopping mall. Azman Ghani/ The Star

Bagi usahawan ini, mengusahakan perniagaan sememangnya memerlukan komitmen tinggi.

Produk penjagaan diri

Selain bidang F&B, usahawan wanita bertubuh langsing itu juga amat menitikberatkan aspek penampilan dan kesihatan.

Sehubungan itu, Nur Nadia turut mengetengahkan rangkaian produk penjagaan diri, Pop Neutral pada 2021 bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan wanita.

Produk itu dirumus khas menerusi eksperimennya sendiri selepas mengalami empat kehamilan yang mencabar.

“Semasa kehamilan pertama sama seperti semua ibu baharu, saya bimbang kesan regangan kulit dan mula mencari solusi.

“Pemerhatian saya, kebanyakan jenama di pasaran menggunakan jumlah bahan aktif berkesan menghalang regangan dengan kadar minimum.

“Jadi, saya mula membuat penilaian dan adun minyak sendiri, hasilnya keadaan kulit semakin baik,” jelasnya.

Produk POP berasaskan campuran bahan semula jadi dan selamat tanpa bahan kimia.

“Minyak Stretch Mark Pop Neutral hanya mengandungi bahan semula jadi baik untuk mengembalikan kesihatan kulit seperti minyak badam, minyak argan dan vitamin E,” tuturnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram