Chad Nazam jadi sensasi dunia fesyen, hasilkan seluar jean 'bersalut' 200 patung mainan


  • Bizz
  • Rabu, 13 Nov 2024

Chad mencipta kelainan dalam dunia fesyen selepas menghiasi seluar jeannya dengan lebih 200 patung mainan. — Instagram/Le Reve Nazam

PEREKA fesyen, Chad Nazam, 22, mencipta sensasi dalam dunia fesyen selepas menghiasi seluar jeannya dengan lebih 200 patung mainan, menjadikannya koleksi yang unik dan mencuri perhatian.

Seluar yang bernilai AS$650 (kira-kira RM2,850) itu mencipta trend baharu dalam lapangan fesyen dalam talian, dengan setiap satu anak patung dijahit rapi di bahagian depan seluar bagi memastikan keselesaan pemakainya.

Chad, yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) dan mengendalikan jenama Le Reve Nazam, melihat fesyen sebagai peluang untuk menjadi luar daripada kebiasaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah dihalau pihak berkuasa tak lunturkan semangat bekas pelajar KV Bentong bantu ibu berniaga muruku

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

"Dalam fesyen, banyak perkara yang membosankan.

“Ramai orang berpakaian sama, tetapi saya mahu mereka lihat pakaian saya dan tertanya-tanya sama ada diri mereka boleh pakai benda yang sama atau tidak,” katanya yang mula menjual koleksi unik itu sejak April lalu.

Walaupun rekaan seluar jean bersulam anak patung tersebut agak luar biasa, Chad bukanlah individu pertama yang cuba menghasilkannya.

Pada 1989, pemain bes Red Hot Chili Peppers, Flea, mengenakan seluar berlapis anak patung teddy bear dalam muzik video Bust A Move oleh Young MC.

Begitu juga, selebriti terkenal seperti ASAP Rocky dan Swae Lee pernah menampilkan seluar dengan keronsang patung mainan.

Selain Chad, Tierra Gray, pereka dari Las Vegas, turut dikenali dengan rekaan serupa apabila dia menghasilkan seluar bersulam 1,300 patung kecil pada 2022.

Namun, masa yang diperlukan terlalu panjang, menyebabkan dirinya beralih ke produk lain seperti selipar dan beanie dengan dekorasi patung yang dijual di laman Etsy, PlanetSugaKush.

Snapinsta.app_465678101_2674754702718965_2577922585531736028_n_1080

Chad mahukan fesyen yang luar daripada kebiasaan. — Instagram/chadnazam

Chad pula berjaya mengendalikan proses pembuatannya bersama pasukan yang turut dibantu neneknya yang berusia 79 tahun.

Setiap seluar memerlukan masa lapan jam untuk disiapkan dengan anggaran berat tiga hingga empat kilogram (kg).

"Hanya bahagian depan (seluar) yang berbentuk Muppet (patung mainan), jadi anda masih boleh duduk seperti biasa dengan memakainya.

"Anda boleh juga melompat dan lutut tidak akan merasakan apa-apa," ujarnya yang tidak mempunyai sijil dalam bidang fesyen.

Antara selebriti yang pernah mengenakan seluar jean Le Reve Nazam termasuklah ahli gusti, Jade Cargill; pelakon Thailand, Araya Alberta Hargate dan penyanyi rap Korea Selatan, BamBam.

Baru-baru ini, DK Metcalf, penerima bola lebar Seattle Seahawks, turut menarik perhatian ramai apabila tampil dengan seluar berpatung itu pada hari perlawanan, menjadikan koleksi Chad semakin diminati di AS.

Untitled design (3)

Setiap seluar memerlukan masa lapan jam untuk disiapkan dengan anggaran berat tiga hingga empat kg. — Instagram/chadnazam

Seorang usahawan dari Toronto, Jason Bitton, 35, juga tidak ketinggalan mencuba seluar unik berkenaan.

Baru-baru ini, Jason membeli seluar jeans itu (selepas melihat foto Metcalf memakainya) dan memakainya di tepi gelanggang ketika perlawanan Toronto Raptors.

"Saya sentiasa mencari sesuatu yang unik," katanya.

Tidak menghairankan apabila anak perempuannya yang berusia lima tahun sangat teruja dengan rekaan tersebut.

“Setiap kali orang melihat seluar ini, pasti mereka akan memberikan reaksi yang berbeza.

"Ini bukan pakaian untuk sesiapa yang membeli-belah di Walmart, tetapi untuk mereka yang berani tampil berbeza,” kata Chad. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram