RATA-RATA peminat penjual makanan jalanan Thailand pertama yang memperoleh bintang Michelin, Jay Fai nampaknya kini sudah boleh menarik nafas lega.
Semenjak minggu lalu, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa dia merancang untuk bersara, mungkin seawal tahun depan.
Tukang masak veteran itu bagaimanapun tampil menjelaskan ura-ura mengenai persaraannya.
BACA LAGI: Bermula di Simpang Renggam, istana belon 'fans' tegar JDT kini tawan seluruh Johor
This is Jay Fai.
Since the 1980s, she has run a street food shop in Bangkok (and is its only chef).
Her iconic dish is a crab omelette, which she fries in a wok while wearing a beanie and ski goggles.
She received a Michelin star in 2018 and is the last person AI will replace. pic.twitter.com/U04s6rauds
— Trung Phan (@TrungTPhan) May 8, 2023
Katanya, dia masih belum mahu 'meletakkan' apronnya dalam masa terdekat.
“Saya masih mempunyai banyak komitmen (di peringkat) antarabangsa, termasuk perlu memasak di Perancis.
"Bagaimana saya boleh berhenti? Mustahil kerana saya masih terikat dengan komitmen ini.
"Saya masih kuat dan boleh berdiri serta memasak dengan selesa selama kira-kira 15 jam sehari,” katanya pada 29 Oktober lalu.
Jay Fai berkata, dia masih kuat dan boleh berdiri serta memasak dengan selesa selama kira-kira 15 jam sehari. — Agensi
Berita yang tersebar menyatakan bahawa dia merancang untuk bersara dan menutup kedai makan ikoniknya di Bangkok, Raan Jay Fai, pada 2025.
Restoran milik tukang masak berusia 81 tahun itu dikenali ramai selepas diangkat menjadi penjual makanan jalanan Bangkok pertama yang menerima bintang Michelin pada 2018.
Penggemar makanan dari seluruh dunia sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk merasai keenakan menu legendanya iaitu telur dadar isi ketam, yang dimasak di atas bara sambil memakai beanie dan gogal khas untuk melindungi matanya daripada percikan api.
Jay Fai atau nama sebenarnya Supinya Junsuta berkata, salah faham mengenai penutupan kedai makan itu timbul apabila seorang wartawan bertanyakan tentang rancangan persaraannya.
Kongsinya dalam temu bual itu, dia sudah memikirkan beberapa rancangan, yang tidak dihuraikannya secara terperinci.
Nama Jay Fai dikenali ramai selepas diangkat menjadi penjual makanan jalanan Bangkok pertama menerima bintang Michelin pada 2018. — Agensi
"Namun jawapan tersebut menjadi tular dan berkembang sehinggalah timbulnya dakwaan memberitahu bahawa saya akan bersara tidak lama lagi.
"(Saya) Belum lagi (bersara). Tahun depan, saya masih berniaga. Saya tidak akan berhenti,” katanya.
Laporan tentang persaraannya dikatakan turut menarik perhatian Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, yang kemudian menyuarakan hasrat untuk mengunjungi kedai makan berkenaan.
Jay Fai mengalu-alukan cadangan itu, malah mengakui dirinya sangat berbesar hati sekiranya dapat berkhidmat kepada Paetongtarn.
Walaupun belum bercadang untuk berhenti, Jay Fai difahamkan telah mengurangkan tempoh operasi restorannya.
Telur dadar ketam hasil air tangan tukang masak veteran itu meraih perhatian seluruh masyarakat dunia. — Agensi
Kedai makannya kini dibuka hanya empat hari seminggu, iaitu Rabu hingga Sabtu, dari pukul 9 pagi hingga 7.30 malam.
Sebelum ini, tukang masak itu memberitahu media Thai, Komchadluek bahawa kerja-kerja mencari dan memeriksa bahan setiap hari agak membebankan ketika ini.
“Saya tidak akan meneruskan restoran itu, tetapi saya gembira untuk mengajar sesiapa yang mahukan resipi saya,” katanya dalam satu rakaman temu bual yang disiarkan secara dalam talian.
Menurutnya, dia belum memutuskan waktu yang sesuai untuk bersara, tetapi berkata berkemungkinan tahun depan.
Walaupun diklasifikasikan sebagai makanan jalanan, hidangan dari dapur terbuka di restoran milik Jay Fai itu tidak murah seperti yang dijangkakan, dengan telur dadar ketam hasil air tangannya berharga sekitar AS$40 (RM170). — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram