Sempat terima panggilan sebelum 2 beranak maut kena tikam di P.Pinang lepas tolak lamaran


  • Massa
  • Sabtu, 09 Nov 2024

Khadijah (kanan) tidak menahan sebak ketika menerima khabar duka tentang adiknya, Zulkifli yang maut ditikam di pangsapuri Pulau Pinang pada Rabu lalu. — The Star

KAKAK kepada lelaki yang maut bersama anak perempuannya akibat ditikam di pangsapuri di Pulau Pinang pada Rabu lalu mendedahkan sempat berhubung dengan adiknya beberapa minit sebelum kejadian.

Khadijah Ibrahim, 64, berkata, dia menerima dua panggilan mencemaskan iaitu daripada mangsa dan ibunya.

"Saya bercakap dengan Zulkifli (mangsa) melalui telefon pintar pada 12.47 tengah hari Rabu dan beberapa minit kemudian, saya dimaklumkan dia sudah meninggal dunia.

"Kami tak sempat nak bercakap lama sebab dia kata ada panggilan masuk lagi," katanya.

BACA LAGI: Ayah dan anak maut kena tikam di P. Pinang lepas tolak lamaran

BACA LAGI: Lebih tenang hidup sederhana, jual mengkudu sara hidup, Nur Amira bukti wanita lasak boleh bahagia ikut cara sendiri

3005231

Kedua-dua mangsa ditemui maut dan berlumuran darah di hadapan lif pangsapuri terbabit.

Khadijah berkata, Zulkifli berkelakuan aneh kerana tidak banyak bercakap ketika menghubunginya.

Menurutnya, mangsa memberitahunya bahawa terpaksa menamatkan panggilan kerana ada sesuatu sedang berlaku.

"Dia kemudian berkata, 'anak perempuan saya sedang hubungi, sesuatu sedang berlaku.

"Saya tamatkan panggilan tanpa berfikir panjang.

"Saya tidak percaya. Hati saya hancur kerana baru sahaja bercakap dengannya," katanya selepas menerima panggilan ibunya yang memaklumkan tentang kematian Zulkifli.

Terdahulu, Zulkifli Ibrahim, 62 dan anak perempuannya, Siti Zulaila Zulkifli, 30, dilaporkan maut akibat ditikam di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, George Town, Pulau Pinang pada Rabu.

Kejadian berlaku dipercayai selepas kedua-dua mangsa menolak lamaran seorang lelaki.

Susulan daripada kejadian tersebut, suspek yang berusia 32 tahun dilaporkan bertindak menikam dirinya di luar lif pangsapuri terbabit.

Polis tidak menolak bahawa lelaki itu mungkin didorong oleh kemarahan dan kekecewaan sebelum melakukan perbuatan itu.

Polis juga sudah menahan suspek yang ketika ini sedang menerima rawatan di i Hospital Pulau Pinang.

Jelasnya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif pembunuhan tersebut. — The Star/N.TRISHA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram