Populariti Taylor Swift bantu lonjak industri VR seluruh dunia


  • Bizz
  • Khamis, 07 Nov 2024

Sambutan hangat konsert jelajah Taylor Swift: The Eras Tour menyaksikan peminat tegar penyanyi itu sanggup berhabis ribuan dolar demi mendapatkan tiket. — Agensi

POPULARITI luar biasa penyanyi terkenal, Taylor Swift dijangka mampu melonjakkan industri teknologi realiti maya (VR) di seluruh dunia, menerusi penglibatan peminat setianya, yang dikenali sebagai Swifties.

Ketika syarikat-syarikat VR mengerah idea bagaimana mahu melebarkan teknologi tersebut, nampaknya Swifties kini sudah termasuk dalam sasaran audiens luar jangka mereka.

Swifties dijangka membantu peneraju industri tersebut mengembangkan penggunaan teknologi VR, dalam skala besar.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Sambutan hangat konsert jelajah Taylor Swift: The Eras Tour menyaksikan peminat tegar pelantun lagu Love Story itu sanggup berhabis ribuan dolar demi mendapatkan tiket.

Selain persembahan di stadium dan tayangan pawagam di seluruh dunia, konsert The Eras Tour juga disiarkan melalui aplikasi Prime Video Amazon.

Selepas tayangannya, peminat mendapati mereka boleh menonton filem berkenaan secara maya menerusi aplikasi VR Prime Video pada Meta Quest.

Perkembangan itu menyaksikan ribuan Swifties berkongsi rakaman mereka mereka menyanyi bersama sambil memakai alat VR di aplikasi TikTok, sekali gus menggerakkan idea bahawa rakaman konsert jelajah juga boleh memacu penerimaan besar-besaran orang ramai terhadap teknologi itu.

2

Teknologi VR sudah wujud sejak awal 90-an khususnya di pusat arked. — Agensi

VR wujud sejak zaman 90-an

Meskipun teknologi VR sudah wujud sejak awal 90-an khususnya di pusat arked, percubaan untuk mengangkatnya sebagai produk pasaran massa sering kali menemui kegagalan.

Kajian Deloitte pada 2022 menunjukkan hanya sekitar 12 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) dan lapan peratus masyarakat United Kingdom (UK) memiliki set kepala VR.

Batasan teknologi dan kos yang tinggi menjadi faktor kurangnya sambutan terhadap peralatan berkenaan.

Walaupun Oculus Rift, produk VR komersial pertama berdaya maju dipasarkan dengan harga AS$D600 (lebih RM2,000) pada 2016, harga produk itu masih dianggap mahal.

Bagaimanapun, dengan harga tiket Taylor Swift yang dijual semula mencecah purata AS$3,800 (lebih RM16,000), pakar industri VR kini melihat potensi luar biasa dalam Swifties untuk mengatasi halangan kos dan kekurangan kandungan VR.

1

Konsert lebih sesuai untuk mengaplikasikan konsep teknologi VR kerana ia boleh diedit dengan kesan khas teknologi CGI. — Agensi

Ketua Pegawai Eksekutif VRdirect, Rolf Illenberger berkata, membeli alat VR pada harga AS$400 (RM1,800) mungkin kedengaran mahal, tetapi jika dianggap sebagai alternatif untuk menikmati konsert Taylor Swift, harga tersebut dianggap wajar.

"Kehadiran kandungan popular seperti konsert Taylor Swift dianggap mampu mencetuskan lonjakan minat kepada teknologi VR yang kini lebih mampu milik," katanya yang berpangkalan di Munich.

Illenberger menambah, walaupun acara sukan secara langsung dalam VR pernah mencuri perhatian, namun ia gagal mencetuskan penerimaan secara besar-besaran.

Dia bagaimanapun berpendapat bahawa konsert lebih sesuai untuk medium berkenaan kerana ia boleh diedit dengan kesan khas teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) selepas rakaman untuk meningkatkan pengalaman penonton.

“Bagi konsert seperti Taylor Swift, semuanya berkisar kepada imersif. Peminat ingin merasai konsert itu sebanyak mungkin dan itulah yang VR boleh tawarkan,” ujarnya.

Sementara itu, pakar VR yang juga salah seorang Swifties, Tom Emrich memberitahu, populariti Taylor Swift di VR adalah petunjuk bahawa kandungan yang mengetengahkan individu berpengaruh besar, berperanan sebagai elemen utama untuk menarik perhatian pengguna terhadap kategori teknologi baharu itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram