SYARIKAT dan mana-mana badan korporat perlu memberikan sepenuh tumpuan dan mencari pendekatan terbaik dalam menghasilkan kesan positif terhadap insiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Pengarah Eksekutif Eksekutif UN Global Compact Network, Malaysia and Brunei (UNGCMYB), Faroze Nadar berkata, penyingkiran isu perubahan cuaca menjelang 2050 tidak sepatutnya menjadi sasaran.
Sebaliknya, kesemua pihak terlibat perlu mempunyai kesedaran lebih meluas perlu diletakkan dengan mengelak peningkatan suhu global sebanyak 1.5 darjah Celcius seperti aman ditetapkan dalam Perjanjian Paris.
BACA LAGI: Anugerah Impak Positif iktiraf pemimpin industri laksana agenda ESG negara
BACA LAGI: Beri komitmen teguh pacu elemen ESG, 64 syarikat terima Anugerah Impak Positif
Faroze menegaskan badan korporat perlu meletakkan sasaran lebih tinggi.
"Ketika kita sibuk fokus dengan ESG, inisiatif ini tidak bermakna sekiranya kita tidak membincangkan hasil daripadanya. Jika mahu ditafsirkan, sukar bagi kita menerangkannya secara jelas.
"Sebagai contoh, sekiranya seseorang dapat mengurangkan jejak karbon sebanyak 0.2 peratus, tidak dapat dipastikan sekiranya itu adalah satu hal yang baik atau tidak," katanya.
Faroze berkata demikian ketika sesi penyampaiannya yang bertajuk Humanising Sustainability: Growing the talent pool for ESG impact di Persidangan ESG pada Rabu.
Menurutnya lagi, kayu ukur kepada hasil inisiatif itu dapat dipastikan menerusi beberapa komponen seperti proses, produk dan jumlah mereka yang terlibat.
Ketika menekankan aspek bakat kelestarian, dia berkata, setiap syarikat memerlukan empat aspek utama, iaitu penaja, ahli strategi, penghubung dan pakar teknologi untuk memastikan kesan dapat dirasai.
Dr Yasmin mahu kerangka kerja baharu yang diperkenalkan menyokong ekonomi berteraskan tenaga bersih.
"Selain itu, saya percaya perniagaan yang mampan memerlukan empat elemen utama yang ia perlu menguntungkan kerana tanpa keuntungan, anda kekurangan elemen kedua iaitu kuasa untuk membuat keputusan.
“Bagaimanapun, keputusan dan kuasa yang dimiliki syarikat mestilah berdasarkan prestasi kemampanannya, yang penting kepada firma. Keputusan itu juga mesti dikuasakan oleh pengawasan daripada pemimpin dan rakyat yang memahami nilai kemampanan,” katanya.
Sementara itu, pengurus besar perihal kemampanan Sime Darby Property, Dr Yasmin Rasyid juga sempat menjelaskan pandangannya menerusi pembentangan bertajuk Harmonising Urban Biodiversity in Real Estate: The Sime Darby Property Coexistence Approach.
Katanya, beberapa aspek juga perlu diambil kira, termasuk menyediakan kerangka kerja baharu yang dapat menyokong inisiatif ekonomi berteraskan 'tenaga bersih'.
Pengarah Program Kemampanan IBM Envizi Asia Pasiftik, Sachin Gupta turut berkata, pelbagai polisi dan rangka kerja baharu mengenai rentas sempadan perlu diperkenalkan kerajaan.
Sachin melihat pelbagai badan ekonomi kini sudah dapat menghasilkan tenaga bersih tersendiri.
Menurutnya, setakat ini, kebanyakan organisasi ekonomi sudah memberi tumpuan kepada tuntutan negara masing-masing untuk menghasilkan tenaga sendiri dan mencipta peraturan mengenainya.
“Bagaimanapun, tenaga hijau – sama ada daripada sumber hidro, suria atau nuklear – semakin menjadi isu merentasi sempadan.
"Saya tidak fikir kita mempunyai dasar rentas sempadan yang sesuai untuk memindahkan penjanaan tenaga ke kawasan sesuai dan penggunaan ke kawasan yang mengalami kekurangan," katanya dalam perbincangan panel.
Selain itu, Sachin menjelaskan bahawa rangka kerja baharu harus merangkumi penunjuk prestasi dan bukan hanya metrik ESG.
“Tumpuan harus diberikan kepada bagaimana tenaga elektrik dihasilkan dan diagihkan. Apabila menilai hasil prestasi penggunaan sumber tenaga tertentu, adalah penting untuk mempertimbangkan impak sebenar dan bukannya hanya menandakan pematuhan ESG,” katanya.
Kerangka kerja yang akan diperkenalkan perlu bersifat mesra pengguna.
Selain itu, Sachin berkata, kerangka kerja baharu yang akan diperkenalkan perlulah mesra pengguna dan mempertahankan mereka.
"Akhir sekali, ia juga perlu mudah difahami dan tidak menjadi seperti kerangka kerja ESG terdahulu yang berbelit-belit dan sukar difahami. Ia perlu dihasilkan dengan sasaran dapat dibincangkan antara pihak secara mudah," katanya.
Sachin berkata, sebahagian besar sumber tenaga boleh diperbaharui hari ini adalah solar dan hidro yang sangat sukar dapat diramal kerana ia dipengaruhi cuaca serta kelajuan dan arah angin.
“AI (kecerdasan buatan) dan IoT (teknologi Internet kebendaan) digunakan untuk melaraskan cara panel solar dan turbin angin bergerak, memastikan ia diletakkan dan bergerak pada kelajuan tepat bagi memaksimumkan pengeluaran tenaga.
“Mengenai pengedaran, AI mampu melaksanakan penjejakan masa nyata yang cekap bagi bekalan dan permintaan tenaga dan memadankan kedua-duanya, terutamanya merentasi pelbagai tempoh seperti siang dan malam.
Penggunaan AI yang lebih meluas dapat membantu negara mencapai sasaran ESG. — Agensi
"Begitu juga, dari segi penggunaan, AI mampu menganalisis corak penggunaan terperinci dan mengenal pasti kawasan di mana pengguna boleh menjadi lebih cekap tenaga," katanya.
Kebimbangan juga ditimbulkan mengenai kesan terhadap sasaran ESG negara berikutan pengembangan pesat pusat data (DC) kerana ia menggunakan air dan elektrik dalam kuantiti tinggi dalam satu-satu masa.
Berkata mengenainya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pantas Software, Max Lee berkata, ketika negara terus mengejar cita-citanya untuk menjadi hab pusat data serantau, penting bagi mereka mencapai keseimbangan antara faedah ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pelaburan.
“Pertama sekali, usaha memperluaskan sumber tenaga boleh diperbaharui adalah penting dalam mencapai keseimbangan ini dengan usaha kerajaan dapat dilihat dalam bidang ini.
Pelbagai pihak kini mahu membantu dalam usaha kelestarian alam dengan mencapai sasaran ESG yang ditetapkan. — Agensi
"Bagaimanapun, aspek yang sama penting tetapi sering diabaikan ialah pengurangan penggunaan tenaga, yang boleh diaplikasikan orang ramai. Terdapat pelbagai peranti dan penyelesaian menerusi IoT. Inilah peluang kita, inilah cara saya percaya Malaysia boleh mengekalkan penerajunya dalam ruang AI dan DC global,” katanya.
Dari segi menjadikan AI mampu akses dan boleh dimiliki untuk membantu pembangunan ekonomi, Ketua Pegawai Eksekutif Fuller Impact Wan Imran berkata, AI mampu milik akan membolehkan perkembangan selanjutnya.
“Dalam Bajet 2025, banyak dana diperuntukkan dan adalah penting bahawa dana ini tidak terhenti pada pembinaan infrastruktur dan harus memberi kesan lebih luas kepada ekonomi, memastikan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya untuk pertumbuhan dan pembangunan," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram