MAJLIS Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan program Hari Tanpa Kenderaan terakhir bagi tahun ini di lokasi berbeza bersempena ulang tahun keempat bandar berkenaan.
"Buat kali pertama, program Hari Tanpa Kenderaan akan diadakan sekitar Kinrara, khususnya di pusat beli-belah Giant Bandar Kinrara, Puchong.
"Lebih 2,000 peserta hadir menyertai program berkenaan dengan masing-masing daripada berbeza lapisan umur dan komuniti yang menandakan kali terakhir program sedemikian diadakan," katanya.
BACA LAGI: MBSJ laksana penyelenggaraan pokok di 18 lokasi
BACA LAGI: Elak kes tanah jerlus Masjid India berulang, MBSJ mula pemetaan bawah tanah tahun depan
Demonstrasi bomba turut disediakan bagi kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir.
Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan dalam program berkenaan, termasuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa barangan elektrik bernilai sehingga RM6,000.
Selain itu, pertunjukan Unit Anjing Pengesan PDRM, demonstrasi menyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), larian fun run, pertandingan mewarna dan beberapa aktiviti lain.
Pengunjung juga ditawarkan peluang untuk mencuba servis perkhidmatan berkonsepkan permintaan (DRT) yang ditawarkan Asia Mobiliti secara percuma.
"Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk tiba ke lokasi acara dengan meletakkan kenderaan di kawasan disediakan sebelum menaiki van Trek Rides," katanya.
MBSJ turut meluahkan hasrat penganjuran program bebas kenderaan akan menggalakkan gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar dengan rangka kerja rendah karbon.
"Bersempena ulang tahun keempat MBSJ, kami akan menawarkan insentif bernilai RM15 kepada 20,000 pemegang akaun yang menjelaskan cukai taksiran sebelum 31 Oktober.
"Untuk melayakkan diri, mereka perlu membayar cukai menerusi EzyPay atau gerai MBSJ selain tidak mempunyai sebarang tunggakan.
"Pelarasan RM15 itu akan dibuat bermula Januari depan," kata Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim dalam ucapannya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram